Results 1 to 20 of 20
-
3rd March 2010, 11:04 PM #1Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
KEDAI BUKU ONLINE: DAPATKAN BUKU UNTUK KANAK-KANAK HANYA DI TAMAN ILMU
Assalamualaikum...
Minat membaca buku?
Tidak ada masa untuk ke kedai buku?
Jom! Kita beli buku secara online..jimat masa dan belanja..
Mudah saja..sila klik link dibawah untuk membuat sebarang pembelian
http://www.taman-ilmu.com.my/borang/beli.html
Di sini anda boleh mendapatkan novel-novel terkini terbitan penerbit
tempatan dan juga luar negara...terdapat juga buku-buku ilmiyah yang lain.
Mari kita menambahkan ilmu dengan membaca..Jom!

*Semua harga adalah tidak termasuk bayaran pos.
my online store: http://www.taman-ilmu.com.my
-
21st April 2010, 10:10 PM #2
Re: Novel & Buku Ilmiyah Online! updated-ada sinopsis-english book for children, baby, gift book!
ada x jual vcd2 belajar mengaji utk kanak2?
-
23rd April 2010, 04:29 PM #3Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
-
19th June 2010, 08:59 AM #4Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
NOVEL INGGERIS MENARIK DI SINI!
NOVEL INGGERIS (ROMANCE)-List akan di kemaskini dari masa ke semasa
ROMANCE
1.My Three Husbands Adamson, Swan RM21.95
2.Memoirs Are Made of This Adamson, Swan RM21.95
3.The Outrageous Lady Felsham Allen, Louise RM20.95
4.The Disgraceful Mr Ravenhurst Allen, Louise RM20.95
5.A Crowded Marriage Alliott, Catherine RM35.50
6.A Married Man (New cover) Alliott, Catherine RM35.50
7.Going Too Far (New cover) Alliott, Catherine RM35.50
8.Not That Kind of Girl Alliott, Catherine RM35.50
9.The Old-Girl Network Alliott, Catherine RM35.50
10.The Real Thing (New cover) Alliott, Catherine RM35.50
11.The Wedding Day (Recent) Alliott, Catherine RM35.50
ANTALOGI
The True Love Wedding Dress Anderson, Catherine et al RM33.95
The Complete Novels Of Jane Austen Austen, Jane RM71.50
Collected Novels Vol 2 Auster, Paul RM137.50
Book of Humour Bond, Ruskin RM27.50
Ruskin Bond's Book of Nature Bond, Ruskin RM41.95
The Dream Lover Boyd, William RM43.95
Wild Child Boyle, T.C. RM70.50
The Female of the Species Carol Dates, Joyce RM39.50
Fireworks (Reissue) Carter, Angela RM43.95
The Pleasant Light of Day Ceallaigh, Philip O RM49.50
The Big Sleep And Other Novels Chandler, Raymond RM71.50
Complete Father Brown Chesterton, G.K. RM82.50
The Awakening & Selected Stories Chopin, Kate RM49.50
Inner Workings Coetzee, J. M. 67.50
The Blue Religion: A Mystery Writers of America Anthology Connelly, Michael (Ed.) RM39.50
Ah, Sweet Mystery of Life (New cover) Dahl, Roald RM43.95
Collected Short Stories (New Cover) Dahl, Roald RM72.00
Completely Unexpected Tales (New Cover) Dahl, Roald RM54.00
More Tales Of The Unexpected Dahl, Roald RM43.95
Over to You (New cover) Dahl, Roald RM32.95
Roald Dahl's Book Of Ghost Stories Dahl, Roald RM54.95
Someone Like You Dahl, Roald RM49.50
Tales Of The Unexpected Dahl, Roald RM43.95
Ten Short Stories (Pse) Dahl, Roald RM32.95
The Best Of Roald Dahl (Om) Dahl, Roald RM43.95
The Virago Book of Ghost Stories Dalby, Richard RM50.50
Thanks for the Mammaries Darmody, Sarah RM47.50
A Chapter of Hats de Assis, Machado RM48.50
Lives of Strangers (Previously called "The Unknown Errors of Our Lives") Divakaruni, Chitra Banerji RM38.50
TATACARA PEMBELIAN
1. Hubungi kami untuk pastikan buku available (PM, SMS: 0192182801,email: info@taman-ilmu.com.my)
2. Anda akan dimaklumkan status novel pilihan anda
3. Membuat pembayaran (Maybank or Bank Islam)
4. Penghantaran (Pos Laju)
Nota: Sila berikan maklumat berikut:
1. Bukti pembayaran
2. Nama:
3. Alamat:
4. Email:
5.H.p:
Sila layari http://www.taman-ilmu.com.my untuk melihat koleksi buku yang lain. Anda juga boleh membuat "special request" jika ingin membeli buku yang tidak terdapat di Taman Ilmu
Terima Kasih
-
17th September 2010, 08:30 AM #5Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: NOVEL INGGERIS MENARIK DI SINI!
BERITA BAIK UNTUK SEMUA!
SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR UNTUK MENJADI AHLI DI TAMAN ILMU?
JIKA BELUM...DAFTARLAH SEGERA!
KENAPA MESTI MENJADI AHLI?
1. PENDAFTARAN PERCUMA
2. HARGA ISTIMEWA UNTUK SETIAP PEMBELIAN DI TAMAN ILMU
AYUH! JANGAN KETINGGALAN...KEAHLIAN PERCUMA SEUMUR HIDUP
-
20th September 2010, 08:40 AM #6Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
BUKU BARU
BUKU BARU:

Spanar dan spatula
Harga: RM 17.50 (AHLI RM15.40)
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 288
Adam dipelihara oleh neneknya selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya berhijrah ke Abu Dhabi untuk bekerja. Selepas neneknya meninggal, Adam dipelihara oleh bapa saudaranya, Fauzi yang sedang menunggu keputusan SPM dan sepatutnya menguruskan kemasukkan Adam ke sekolah asrama penuh. Fauzi menukar rancangan dengan memasukkan Adam ke rumah anak yatim kerana Fauzi mahu membolot semua wang perbelanjaan bulanan kiriman Ahmad kerana ingin memikat hati gadis pujaannya, Paris Lipton. Adam bertuah kerana asrama anak yatim ada mengajar pelbagai kemahiran termasuklah kemahiran mekanik, memasak dan menghafaz Al-Quran.
Setelah Fauzi tamat belajar di pusat pengajian tinggi, Fauzi telah membuka bengkel membaiki motosikal dan mengambil semula Adam pulang ke kampung. Fauzi mengambil kesempatan dengan memberikan Adam separuh daripada gaji pekerja di bengkelnya.
Pengalaman pahit Adam dalam bidang pembaikan motosikal telah menyebabkan Adam memilih jurusan seni kulinari di universiti kerana dia juga berminat dengan bidang ini. Adam berjaya menjadi pelajar terbaik dan bekerja sebagai chef di hotel lima bintang. Dalam masa yang sama, Ahmad memberitahu Adam yang dia mahu pulang ke Malaysia dan tinggal di sini untuk selamanya. Ahmad juga telah menghadiahkan Adam sebuah restoran.
-
20th September 2010, 08:51 AM #7Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: BUKU BARU

Seperti Keju & Coklat
Rose Harissa
Harga: RM 16.00 (AHLI RM14.00)
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Siapa sangka keju dan coklat dapat 'bersatu' dalam hidangan pisang? Begitulah kisah Aqil dan Raisya. Safiy Aqil yang pernah menghidap Sindrom Asperger menuntut di UTM. Dia suka memencilkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Siapa sangka, abang tirinya, Rafa'e belajar di tempat yang sama, dalam jurusan yang sama. Rafa'e bukan sahaja menabur fitnah terhadap Aqil di hadapan Raisya malah di hadapan ayah mereka, Dato' Hamdan sehingga Dato' Hamdan membenci Aqil sekeluarga. Pada semester ini, sudah tiga kali Aqil mengulang subjek yang sama. Pada semester ini juga, dia 'terpaksa' berkenalan dengan Raisya.
Raisya berjaya mengubah Aqil, dari seorang yang pendiam dan lokek senyuman, kini Raisya berjaya membuatkan Aqil menguntum senyuman. Aqil juga kembali bersemangat untuk menamatkan pengajiannya. Siapa sangka, hujan di tengah hari. Ada seseorang mengoyak lukisan AutoCad Raisya pada hari penilaian. Lukisan Aqil turut sama dikoyak. Angkara siapakah ini?
Aqil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerana kehilangan handset, Aqil lewat menerima berita kematian ibunya. Aqil ditimpa kemalangan. Namun, kemalangan itu membongkar segala kejahatan Rafa'e dan ibunya. Raisya setia menemani dan memberikan sokongan moral kepada Aqil. Akhirnya keju (Aqil) dan coklat (Raisya) bersatu dalam perhubungan jarak jauh.
-
20th September 2010, 12:31 PM #8Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU

Gelak Tergolek
RM18.00 (AHLI RM15.80)Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.
Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.
Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.
Gelak Tergolek… wajib dimiliki!
-
20th September 2010, 12:34 PM #9Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU

Kirimkan Aku MalaikatMu
RM19.00 (AHLI RM16.70)Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.
Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.
Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.
Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.
Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.
Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?
Bacalah KIRIMKAN AKU MALAIKATMU....
-
20th September 2010, 01:03 PM #10Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU

AD+IZ
RM21.00 (AHLI RM18.20)
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.
-
20th September 2010, 01:06 PM #11Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU

Jodoh atau cinta
RM19.00 (AHLI RM16.70)
Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?
-
20th September 2010, 01:31 PM #12Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: KEDAI BUKU ONLINE: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU

Antara Safa dan Marwah ~ Ismad Astar
RM20.00 (AHLI RM17.60)
usah diulang cerita lama, usah dituil keruping luka, usah dipaksa hati yang parah berdarah kembali
Ini kisah teganya hati seorang ibu meninggalkan anak yang baru berusia enam bulan; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yang menghilang itu.
Kenapa ya sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca keenamnya?
Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun. Ah, dia rindu sangat pada umi.
Ini cerita seorang perempuan yang terpaksa membuat pilihan hati – Muaz yang disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yang dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yang pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!
-
20th September 2010, 01:43 PM #13Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: KEDAI BUKU ONLINE: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU

Cakes - AZZA PAWANCHIK
RM 18.90
ISBN: 978-983-5849-02-0
~160 hlm
Resipi kek dwibahasa
This recipe book is meant for those who wish to try their hand at baking their own delightful cakes. The recipes are simple. Some even have you buying instant cake mixes! Well, why not if it is going to save you a lot of hassle? I didn’t come up with the recipes in this book. These are recipes collected from friends, some even passed down but all are made with love. The recipes in this book are in both English and Bahasa Malaysia. Happy trying!
-
13th October 2010, 05:04 PM #14Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: KEDAI BUKU ONLINE: PENDAFTRAN PERCUMA UNTUK KEAHLIAN SEUMUR HIDUP HANYA DI TAMAN ILMU
Dapatkan buku hasil tulisan
RAMLEE AWANG MURSHID
di TAMAN ILMU

RAMLI AWANG MURSHID

- ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) RM19.90 [Ahli 17.50]

- Bagaikan Puteri RM19.90 [AHLI RM17.50]

- Cinta Sang Ratu RM19.90 [AHLI RM17.50]

- Cinta Sufi RM19.90 [AHLI RM17.50]

- Hatiku Di Harajuku RM19.90 [AHLI RM17.50]

- Hijab Sang Pencinta RM19.90 [AHLI RM17.50]

- Mandatori RM19.90 [AHLI RM17.50]

- MIKHAIL RM19.90 [AHLI RM17.50]
- PERSONAL JUSTICE
- PERSONAL JUSTICE
- Rahsia Perindu
- Ranggau
- Satu Janji
- Semangat Hutan
- Sembilan Nyawa
- Tombiruo
- Tombiruo Terakhir
- Ungu Karmila
klik disini untuk maklumat detail: http://www.taman-ilmu.com.my/?p=prod...-AWANG-MURSHID
-
14th October 2010, 08:26 AM #15
-
18th October 2010, 12:27 PM #16Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
promosi buku baru
-
13th November 2010, 08:08 AM #17Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: KEDAI BUKU ONLINE: DAPATKAN BUKU UNTUK KANAK-KANAK HANYA DI TAMAN ILMU
ULAT buku!
Tanamkan minat membaca semenjak dari kecil..
"Melentur buluh biar dari rebungnya"

BOB SANI HERO KITA
Harga: RM 14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-5406-88-1
Tarikh Terbit: 1 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kamilah Kembar Diraja!oleh Aizam Aiman
Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-5406-92-8
Tarikh Terbit: 29 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Buku Besar: Apa yang Bergerak?oleh
Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-369-035-0
ISBN-10: 978-967-369-035-0
Tarikh Terbit: 9 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 14

Buku Besar: Cuba Buat Sendiri
oleh Alia Nina, Emila Yusof
Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-369-036-7
Tarikh Terbit: 1 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 14

Buku Besar: Jangan Takut!
oleh Alia Nina, Emila Yusof
Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-369-033-6
Tarikh Terbit: 1 Nov 2010
Jumlah Muka Surat : 14

Buku Besar: Ke Mana Perginya?
oleh Alia Nina, Emila Yusof
Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-369-031-2
Tarikh Terbit: 9 Nov 2010

Puteri Kemilau Cahaya
oleh Anna Raihana
Harga: RM 22.00 / RM 25.00
ISBN-13: 978-967-5406-43-0
Tarikh Terbit: 28 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 152
BERMINAT?
SILA HUBUNGI KAMI DI TAMAN ILMU ATAU PM KAMI DI WANITA MELAYU.COM

Untuk koleksi penuh lawati http://ww.taman-ilmu.com.my
-
8th December 2010, 12:45 PM #18Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: KEDAI BUKU ONLINE: DAPATKAN BUKU UNTUK KANAK-KANAK HANYA DI TAMAN ILMU



-
13th December 2010, 02:05 PM #19Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
buku, baru, baru ramli awang mursyid kini di pasaran

RAYYAN FANTASI
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM17.90 (HARGA ASAL) RM19.90
Halaman: 512
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
"Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada anda." -Kata pengantar daripada Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia-
-
31st March 2011, 04:25 PM #20Peniaga Crystal Mall
- Join Date
- 28 Feb 2010
- Posts
- 20
Re: KEDAI BUKU ONLINE: DAPATKAN BUKU UNTUK KANAK-KANAK HANYA DI TAMAN ILMU
DAPATKAN BUKU LATIHAN DAN RUJUKAN KBSR & KBSM DI TAMAN ILMU

hanya di : http://www.taman-ilmu.com.my










019-2182801
:
Reply With Quote











Bookmarks