Salam Warga Forum WMC,

Pihak pengurusan WanitaMelayu.com mengalu-alukan kepada sesiapa ahli yang berminat untuk urusniaga di WMC ini.

Terlebih dahulu sila fahami Tata Etika Berniaga di WMC ini agar urusniaga berjalan sukses hendaknya;



TATAETIKA BERNIAGA

* Produk yang dijual hendaklah diperakui produk baru dan terjamin kualiti.

* Produk Jenama Tiruan TIDAK boleh dipasarkan di Forum WMC ini

* Produk terpakai (“second hand products”) TIDA dibenarkan dijual.

* Produk Pil, Jamu, Ubat-ubatan, Vitamin, Cream atau apa jua yang berkaitan dengan produk Kesihatan dan Kecantikan mestilah mendapat kelulusan secara sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

* Produk makanan, kek, biskut, kerepek, jus minuman, produk sejuk beku dan sebagainya mestilah belum tamat tempoh, terjamin kualiti dan di pek dengan kemas.


* Pamerkan harga produk jualan asal. Peniaga harus bertanggungjawab dengan harga produk tanpa ada kos tersembunyi. Jika ada diskaun jualan, paparkan harga sebelum dan selepas diskaun.

* Pamerkan kos pos, jenis perkhidmatan pos yang digunakan dan tempoh pos penerimaan produk.


* Paparan foto produk mestilah jelas dan terang untuk penilaian pembeli. Jika pihak pengurusan WMC atau Pemilik Plaza dapati foto ciplak dari hasil usaha orang lain atau dari mana-mana laman web, maka pihak pengurusan WMC atau Pemilik Plaza berhak memadamkan foto berkenaan.

* Peniaga disyorkan pamerkan butiran peribadi, alamat urusniaga (Jika ADA), nombor telefon dan alamat email untuk memudahkan rujukan pembeli.

* Sebarang kenyataan perkhidmatan atau jualan produk untuk paparan iklan oleh pengiklan di mana-mana Plaza di WanitaMelayu.com bukanlah Hak kewajipan dan liabiliti oleh pihak pengurusan WMC atau Pemilik Plaza secara amnya.


* Pihak pengurusan WanitaMelayu.com dan Pemilik Plaza secara amnya TIDAK bertanggungjawab keatas penjualan produk yang terselindung penipuan. Peniaga harus bertanggungjawab keatas apa jua produk jualan keatasnya.