Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Peniaga JomShopping
    Join Date
    22 Jul 2009
    Posts
    12

    Default Buku -buku agama dan buku pendidikan kanak-kanak.Hangat!

    Alhamdulillah....
    saya rasa bangga dapat buka kedai kat sini
    harap kawan-kawan dapat beri tunjuk ajar ye

    Mozas shop menjual buku-buku yang amat dicari dan diperluka dalam melengkapi kehidupan, juga baju-baju wanita.
    Untuk View lebih produk sila layari http://www.mozas-educare.blogspot.com / www.mozasonlineshop.blogspot.com
    Barangan yang dipesan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan, oleh itu ia tidak boleh dipulangkan kembali.
    Bersedia membuat pesanan bermakna anda bersetuju dengan syarat-syarat yang tertera.
    Sebarang pertanyaan boleh PM saya

  2. #2
    Peniaga JomShopping
    Join Date
    22 Jul 2009
    Posts
    12

    Ibu Jari Keatas Re: Buku -buku agama dan buku pendidikan kanak-kanak.Hangat!

    Indahnya Hidup Bersyariaat
    Merupakan panduan untuk diri sendiri (fardhu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardhu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardhu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat(nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan Al-
    Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan utk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap individu yang ingin mendalami Islam. Isi kandungan meliputi Solat, Puasa, Cara mengendali kanak-kanak dan remaja, mengendali jenazah, Haji dan sebagainya. Sangat laris di pasaran!!
    Harga: RM 55
    Terbitan Telaga Biru
    Untuk lebih info layari www.mozas-educare.blogspot.com

  3. #3
    Peniaga JomShopping
    Join Date
    22 Jul 2009
    Posts
    12

    Ibu Jari Keatas Re: Buku -buku agama dan buku pendidikan kanak-kanak.Hangat!

    80 Eksperimen Sains Belakang ...

    Buku 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH merupakan eksplorasi terbaik bagi kanak-kanak berusia 8 - 15 tahun meneroka sains yang berkaitan tanah, air, udara dan cahaya. Peralatan yang digunakan sangat murah dan mudah didapati di sekeliling kita. Ketahui pelbagai penemuan menakjubkan melalui buku ini. Anda dan anak anda pasti jatuh cinta dengan sains setelah membaca buku ini!
    Penulis
    : Suhaimi Mamat (Pakcik Sains)



    Harga
    : Semenanjung M'sia - RM23.00
    : Sabah / S'wak: RM25.00
    Harga WMC: RM 22.00

  4. #4
    Peniaga JomShopping
    Join Date
    22 Jul 2009
    Posts
    12

    Lampu Re: Buku -buku agama dan buku pendidikan kanak-kanak.Hangat!

    HARGA: RM 25.00/RM 28.00 SABAH/SARAWAK
    OFFER: RM24.00/ RM 25 SABAH/ SARAWAK
    more info :www.mozas-educare.blogspot.com


    Reiki adalah satu bentuk penyembuhan alternatif menggunakan telapak tangan dengan aplikasi penyaluran tenaga kehidupan (life force). Tenaga kehidupan ini juga dikenali sebagai Prana dalam bahasa Sanskrit, Chi dalam bahasa Cina, Ki dalam bahasa Jepun, Baraqa dalam pengistilahan sufi dan Qudrah atau Tenaga Illahiah dalam Islam. Secara umum, Reiki menggunakan teknik sentuhan tangan pengamalnya ke tubuh penerima bagi mengalirkan energi penyembuhan. Di Barat, ia lebih dikenali sebagai satu kaedah ataupun terapi yang dapat mengurangkan tahap tekanan atau stres.
    Perkataan Reiki terdiri dari dua suku kata iaitu REI dan KI. Rei (sebutan ray) membawa makna Tenaga Kehidupan Semesta (universal life force energy) dan Ki bermaksud Tenaga Vital Individu. Pengamal Reiki adalah medium perantara yang menerima masuk tenaga universal lalu mengalirkannya semula keluar melalui sistem tubuhnya ke tempat yang memerlukan (pesakit atau penerima). Dalam kata lain, pengamal hanyalah agen pengalir tenaga atau medium perantara yang menyampaikan tenaga kehidupan semesta ini ke tempat yang memerlukannya sama ada pada dirinya sendiri mahupun pada orang lain, dekat ataupun jauh bagi mengharmonikan apa juga masalah sama ada permasalahan minda, emosi, tubuh ataupun rohani.
    Secara tidak langsung, fakta ini juga menjelaskan tenaga-tenaga yang dihasilkan bukanlah daripada diri pengamal kerana sekiranya ini berlaku, nescaya tenaga pengamal akan berkurangan atau kehabisan tenaganya dan ini akan mengakibatkan pengamalnya lemah dan tidak bertenaga. Reiki adalah tenaga dari alam. Bagi mempelajarinya, anda tidak semestinya perlu percaya mahupun mempunyai kemahiran yang tinggi.
    Tahukah anda bahawa kita sememangnya menggunakan ‘reiki’ sama ada secara sedar ataupun tidak. Daripada pemakanan, cahaya dan udara yang kita sedut, ia akan ditransformasikan oleh tubuh kepada bentuk-bentuk tenaga atau energi. Tenaga inilah yang kita gunapakai bagi berjalan, berlari, mengangkat dan sebagainya. Cuma yang berbeza adalah kefahaman kita mengenai ‘reiki’ itu sendiri. Mereka yang mempelajari Reiki secara formal didedahkan bagi menguasai tenaga, mendalami struktur dan corak tenaga ini. Mereka akan lebih memahami, menghayati dan mampu mengaplikasikannya bagi tujuan penyembuhan yang lebih komprehensif dan menyeluruh.
    “Merasai ataupun mengamati tenaga Reiki adalah pengalaman berkomunikasi dengan gelombang kasih sayang dari alam kepada seluruh kehidupan. Ia umpama menghayati anugerah kekayaan penciptaan yang maha kuasa kepada seluruh makhluknya dan alamnya. Ar-Rahman, yang maha pemurah menyediakan tenaga penyembuhan semula jadi yang sedia ada bagi diguna pakai oleh sekalian makhluk. Ar-Rahim yang maha penyayang mengizinkan setiap makhluknya mengakses tenaga ini tanpa perlu meminta-minta ataupun bersyarat. Ilmu Reiki membantu pengamalnya menghayati anugerah ini, mengaplikasikannya secara optimum dan menjiwai nikmat penyembuhan alami dengan penuh pasrah dan kesyukuran.”
    Sama ada anda hidup serba kekurangan ataupun dalam kemewahan, sama ada anda mencari sesuatu dari segi kerohanian, ataupun minda hanya tertumpu kepada kebendaan, ataupun sama ada anda dalam belenggu kekecewaan ataupun sedang bangkit melakukan perubahan; Reiki memberi kekuatan dan menyemarakkannya. Reiki menyembuh pada semua peringkat, pada fizikal, mental (minda), emosi serta kerohanian dan memberi sokongan keupayaan semula jadi tubuh supaya sembuh dengan sendirinya.
    Penyembuhan Reiki bukanlah satu bentuk penyembuhan yang konfrontasi malah ia menyembuhkan pelbagai masalah dan trauma dengan cara yang lembut dan halus. Ia tidak berasal dari mana-mana mazhab atau fahaman, dogma mahupun agama malah ia dipraktikkan oleh pelbagai golongan dari pelbagai agama, adat dan kebudayaan. Penting bagi anda supaya tidak terkeliru dengan mencampuradukkan Reiki dengan agama. Sekali lagi dinyatakan Reiki tidak terikat dengan mana-mana fahaman, kepercayaan, dogma mahupun agama. Anda tidak perlu mengikut mana-mana adat atau sistem kepercayaan bagi mengalirkan Reiki ataupun bagi menikmati manfaatnya. Apa yang perlu adalah kehendak dan kemahuan untuk menyembuh dan disembuh oleh tenaga suci ini.
    Bagi memahami bentuk tenaga universal ini, marilah kita renungi beberapa fakta yang dapat menguraikan sumber tenaga kehidupan yang kita gunakan dalam hidup ini dan apakah hubungkaitnya di antara tenaga alam semesta ini dengan tenaga penyembuhan Reiki. Dengan memahami tentang fakta-fakta mengenai tenaga, cahaya, warna dan sistem Bio-energi manusia, anda akan lebih memahami dan jelas dengan ilmu Reiki.

  5. #5
    Peniaga JomShopping
    Join Date
    22 Jul 2009
    Posts
    12

    Default Re: Buku -buku agama dan buku pendidikan kanak-kanak.Hangat!







    LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA?


    TAJUK : LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA?

    PENULIS : ABDUL FATAH ZAKARIA

    M/SURAT : 183 M/S

    HARGA : SEM MALAYSIA : RM 21.90
    SABAH & SARAWAK : RM 24.90 SABAH & SARAWAK
    HARGA WMC :RM 21.00/24.00


    SINOPSIS

    "LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

    Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

    Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.

 

 

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •