Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 20 of 32
  1. #1
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Masalah slip disk,perut buncit,senggugut,sakit perut,sakit pinggang - meh cuba barut, Mudah!

    Ruang ini dikhaskan bagi barangan kesihatan dan kecantikan seperti Korset N Girdle Ion Negatif Teviron, Jus Penawar 23 Herba Intra, Set Bersalin keluaran Nona Roguy (info akan diupload).

    Produk berion negatif masih baru di Malaysia tetapi sudah 30 tahun berada di Jepun, negara kelahirannya. Tetapi pengetahuan mengenai ion negatif bukan perkara baru.

    Sila skrol untuk lebih informasi.

    Marilah kita sama-sama menjadi warga berinformasi, pengetahuan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan diri.

    Produk ion negatif ini tahan lama, anda hanya perlu membelinya sekali sahaja seumur hidup. Tetapi produk ini harus dijaga dengan baik bagi mengekalkan keberkesanannya.

    Alah membeli, menang memakai!

    Jus Penawar 23 Herba Intra

    Jus Penawar Herba Intra menggabungkan ilmu perubatan dalam Islam, Timur khasnya China dan Barat. Ia bukan ubat tetapi merupakan minuman kesihatan yang berkhasiat, boleh membantu memperbaiki sistem tubuh badan. Jus ini adalah hasil daripada ramuan herba seperti-

    1) Alfalfa
    2) Aloe Vera
    3) Bee Pollen
    4) Rose Hip China
    5) Halia
    6) Cendawan Merah
    7) Akar Ginseng
    8) Sarsaparila dll.

    Bagaimana Air Intra ini berfungsi?

    1) Ia membuang dan menyucikan toksid dan racun serta kesan-kesan ubat moden dalam tubuh badan.

    2) Ia menambah kekurangan zat dalam tubuh badan.

    3) Ia memperbaiki dan membina semula sel-sel dan tisu sistem saraf yang rosak dalam badan agar kembali kepada sediakala.

    4) Ia menguatkan sistem ketahanan diri dan menyeimbangkannya agar terus sihat.

    5) Ia memperkuat sistem antibodi

    6) Ia memberi tenaga, anti penuaan dan mengaktifkan sel-sel badan.

    Rasanya tidak pahit tetapi berperisa buah anggur dan buah lai. Ia mengandungi ekstrak 23 jenis herba dan 36% jus buah.

    Mengapa hanya mengandungi 23 jenis herba?
    Herba yang digunakan adalah 23 jenis herba tradisional yang terbukti sesuai digunakan berabad-abad lamanya oleh berbagai suku dan kaum di seluruh dunia bertujuan memelihara kesihatan mereka.

    Air Penawar ini halal serta tidak mengandungi bahan pengawet.

    Ia boleh diambil oleh semua golongan lelaki dan wanita, tua dan muda serta kanak-kanak, bayi, pesakit, ahli sukan dan wanita hamil.

    Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan sudah mencuba pelbagai rawatan dan ubat tetapi masih belum pulih, cubalah Air Penawar Herba ini. Dengan izin Allah swt, jus ini boleh memperbaiki tahap kesihatan pengamalnya.

    Saya sendiri mengenali dua orang penghidap sakit gout dan leukemia tetapi alhamdulillah sembuh selepas mereka mengamalkan minum air Intra ini. Masing-masing sudah menjadi stokis produk ini dan menggalakkan orang lain pun turut
    mencubanya. Terdapat banyak lagi testimonial daripada orang ramai yang berpuas hati.

    Apakah kesan tindakbalas kerana meminum jus herba ini?

    Sesetengah pengamal yang baru meminum jus ini mungkin akan mengalami keadaan yang tidak menyenangkan selama beberapa hari. Ini adalah nomrla kerana produk ini sedang menyesuaikan dan memperbaiki keadaan badan. Malah, ini hanyalah kesan tindakbalas sementara. Keadaan berikut biasa dialami:-

    1) Reaksi pembuangan toksid
    Anda akan mengumuhkan najis berwarna hitam dan berbau busuk. Jerawat akan bertambah. Anda juga akan kerap ke tandas serta timbul bintik-bintik merah pada kulit menyebabkan anda berasa gatal serta banyak berpeluh.

    2) Reaksi kelesuan
    Anda akan mengalami sakit pinggang dan belakang, banyak tidur dan sering berasa letih.

    3) Reaksi sensitif
    Gastrik, darah tinggi dan kencing manis bertambah, anda berasa panas, cirit-birit, sembelit dsb.

    4) Reaksi lain
    Sakit perut, rasa mual, sukar tidur, berasa amat bertenaga, sakit sendi, pening, sakit kepala dsb.

    Anda dinasihatkan agar tidak berasa bimbang. Tindakbalas ini hanya bersifat sementara. Apabila anda mengalami keadaan ini, kurangkan pengambil jus herba dan banyakkan minum air. Selepas 3 - 7 hari, keadaan kesihatan anda Insya Allah akan bertambah baik.

    Hasil Kajian Saintifik terhadap Jus Herba

    Kajian yang memakan masa selama 15 tahun mendapati:

    1/3 daripada pengamal yang minum Jus Herba secara tetap, tahap kesihatan mereka bertambah baik dalam masa 1 hingga 3 hari,

    1/3 daripada pengamal yang minum Jus Herba secara tetap, tahap kesihatan mereka bertambah baik dalam masa 1 hingga 14 hari manakala

    1/3 lagi daripada pengamal yang minum Jus Herba secara tetap, tahap kesihatan mereka bertambah baik dalam masa 1 hari hingga 4 minggu.
    Last edited by kaklani; 12th February 2009 at 10:39 PM. Reason: Tambah info

  2. #2
    Peniaga Supreme @ Phat N Pabulous
    Join Date
    06 Nov 2008
    Posts
    197

    Senyum Re: Rahsia Jus Penawar 23 Herba Intra

    Quote Originally Posted by kaklani View Post

    berapa henggit ni kaklani? sesuai tak utk sakit perut , ulser dan gastrik ?
    WANI ~ 0129264169

  3. #3
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Rahsia Jus Penawar 23 Herba Intra

    Quote Originally Posted by wani77 View Post
    berapa henggit ni kaklani? sesuai tak utk sakit perut , ulser dan gastrik ?
    Regenya RM138. Nanti akak pm Wani ek?

  4. #4
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Rahsia Jus Penawar 23 Herba Intra

    Walaupun jus herba ini bukan ubat, namun ramai pengamalnya pulih daripada masalah kesihatan yang dideritai selama ini. Antara masalah tersebut adalah:-

    1) Migrain
    2) Lelah
    3) Sakit Buah Pinggang
    4) Kencing Manis
    5) Gout dan Athritis
    6) Insomnia
    7) Gastrik
    8) Sakit Batu Karang
    9) Stroke
    10) Tekanan darah tinggi dan rendah serta anemia
    11) Resdung
    12) Senggugut
    13) Penyakit kulit dsb

    Mengapa kita jatuh sakit?

    Salah satu sebab mengapa kita jatuh sakit adalah kerana beberapa bahagian sistem tubuh menjadi lemah, contohnya sistem ketahanan diri yang menjadi lemah. Seharusnya kita mengambil produk yang boleh membantu dan memperkuatkan sistem ketahanan diri serta fungsi badan yang lain bagi mengekalkan kesihatan kita.

    Anda sihat, mengapa perlu mengambil Jus Herba?

    Orang yang sihat pun akan mendapat manfaat daripada jus ini. Dalam persekitaran yang tercemar hari ini, kita bernafas dalam udara yang sudah tercemar, memakan makanan dan meminum air yang mengandungi bahan kimia.

    Oleh itu, mengekalkan keseimbangan organ dalam badan serta membersihkannya daripada racun menjadi perkara utama.

    Mengeluarkan racun dari dalam badan

    Setiap hari kita mengambil makanan dan air minuman serta menghirup udara yang sudah tercemar. Sekiranya toksid ini tidak dibuang dengan berkesan daripada badan kita, ia akan menyebabkan kesihatan kita menurun.

    Ciri-ciri pembersihan dan penyucian yang terdapat daripada campuran tumbuh-tumbuhan ini dapat membantu sistem badan menjadi lebih sihat.

    Diet pemakanan saya cukup, mengapa perlu menambah zat makanan lagi?

    Apabila badan kekurangan nutrien tertentu, kita akan diserang penyakit. Pengambilan produk yang mengandungi berbagai-bagai nutrien dapat membantu fungsi badan dengan mengisi unsur-unsur nutrien yang tidak terdapat dalam diet pemakanan. Ini turut membantu mengekalkan gaya hidup sihat.

    Nota peribadi:-
    14 Februari 2009 adalah hari pertama saya mencuba minuman jus herba ini.

    Saya mengambil secawan kecil jus (mengikut sukatan yang diberikan) sebaik bangun dari tidur dan bersarapan pagi setengah jam kemudiannya. Pada lebih kurang jam 4 petang, saya mengalami sakit pinggang dan berasa amat lenguh.

    Menurut rencana yang diberikan kepada saya, pengamal yang berasa sakit pinggang mengalami tekanan pada saraf tulang atau fungsi buah pinggang tidak baik dan mungkin kerana obesiti.

    Saya tidak gemuk dan sepanjang pengetahuan saya, saya sihat. Walau bagaimanapun, saya akan minum secawan lagi esok dan lihat perkembangan seterusnya.

    Tujuan saya minum jus herba ini adalah bagi mengatasi keguguran rambut yang kronik.

    Pada hari kedua, saya tidak lagi berasa sakit pinggang. Tambahan pula saya menggunakan sehelai kain yang berion negatif sebagai lapik pinggang sewaktu tidur malam. Kebetulan saya mendapat kain ini sebagai hadiah selepas menjadi ahli Nefful yang membekalkan produk ini.

    Hari ke-3 - saya lupa minum jus herba ini. Tapi badan tidak sakit.

    Hari ke-4 - saya menambah sukatan jus ini dan minum sebanyak 2 fl, 1 fl pagi dan 1 fl malam. Badan tidak lagi sakit-sakit. Tetapi saya perasan, najis yang dikeluarkan lebih busuk daripada biasa dan lebih melekit.
    Last edited by kaklani; 12th February 2009 at 10:43 PM. Reason: Tambah info

  5. #5
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Cantik dan Sihat Serentak dengan Ion Negatif

    Sihat dan Cantik Serentak - boleh berlaku dengan bantuan Ion Negatif

    Harga : RM2110.00
    (Siri Pembentuk Badan ini membantu menegangkan, menaikkan dan memusatkan payudara bagi membentuk potongan badan yang mengancam). Produk ini menggunakan material Teviron yang membolehkan anda meresap ion-ion negatif dengan hanya memakainya! Apa itu Teviron - baca seterusnya.

    Apa itu Ion Negatif?

    Memang sudah diketahui memakan lebih banyak makanan beralkali seperti buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk kesihatan. Namun keseimbangan pH yang berasid pula menjadikan tubuh badan lemah serta mudah mendapat jangkitan kuman.

    Darah menjadi lebih berasid apabila ia kehilangan elektron. Kehilangan elektron dalam darah boleh diatasi dengan adanya ion negatif yang kaya dengan elektron, meningkatkan sistem ketahanan diri agar tidak mudah jatuh sakit. Inilah sebabnya mengapa produk ion negatif semakin mendapat tempat di hati pengguna.

    Metabolisme, yakni suatu proses memperolehi nutrien dari dalam darah dan menghasilkan bahan kumuhan lalu dibuang dari dalam badan merupakan proses penting dalam sel badan manusia. Semakin banyak ion negatif dalam darah, proses metabolisme dalam sel menjadi semakin cekap.

    Sebaliknya, jika banyak ion positif ada dalam darah, sistem metabolisme menjadi lembab dan kurang cekap. Ini menjadikan sel badan lemah dan seseorang itu mudah sakit dan proses penuaan berlaku dengan cepat.

    Sudah banyak ujian dilakukan ke atas ion positif dan negatif. Apabila ion negatif diresapkan ke dalam kulit, pori dan kelenjar peluh mengembang. Ini menunjukkan metabolisme yang baik dalam sel membran.

    Tubuh badan manusia sememangnya dikelilingi oleh ion. Oleh itu, peranan elektron di dalam dan di luar sel tubuh mempunyai pengaruh yang besar kepada tubuh manusia.

    Sekiranya kita bernafas dalam udara yang mengandungi ion negatif sebanyak 5000 ke 50,000cc, ia meningkatkan sistem ketahanan diri.

    Apabila kita bernafas dalam udara yang mengandungi ion negatif sebanyak 100,000 ke 500,000cc, ia dapat memulihkan penyakit.

    85% negatif ion diresapkan menerusi kulit, hanya 15% masuk menerusi pernafasan. (Petikan daripada majalah Economy Daily News, 30/1/2002(II).

    Lagi mengenai kehebatan Ion Negatif
    Ion negatif berkesan dalam empat perkara berikut:-

    1) Menyucikan darah, mengawal keseimbangan pH dan merangsang peredaran darah.
    2) Memudakan semula sel, merangsang metabolisme sel.
    3) Meningkatkan lagi sistem ketahanan diri jadi anda tidak mudah jatuh sakit atau demam.
    4) Mengawal saraf autonomi dan mempertingkatkan lagi kesihatan anda.

    Ion negatif membantu anda mengekalkan tahap kalsium dalam serum darah supaya berada dalam keadaan yang sihat, iaitu 4 miligram kalsium dalam setiap 100cc serum darah.

    Apa Dia dan Mengapa Teviron?

    Teviron adalah sejenis gentian terunggul di dunia. Ia mempunyai 4 ciri yang hebat.
    1) Penebat haba yang jauh lebih baik apabila dibandingkan dengan kain kapas, kain rayon, kain bulu dan gentian akrilik.
    2) Meresap lembapan dengan hebat, jadi tidak rimas memakainya dan tidak perlu risau jika banyak berpeluh. Cepat kering - mengambil masa 10 minit berbanding kain kapas yang kering selepas 40 minit.
    3) Tidak mudah terbakar.
    4) Berteknologi Ion Negatif yang mengagumkan.
    Last edited by kaklani; 12th February 2009 at 11:58 PM. Reason: Tambah info harga

  6. #6
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Cantik & Sihat hanya dgn memakai pakaian Ion Negatif Teviron

    Rasa sakit yang tidak diketahui puncanya mungkin disebabkan kurangnya Ion Negatif dalam badan kita.

    Menurut kajian yang dilakukan oleh para saintis Jepun, Ion Negatif adalah zarah-zarah yang dicaj secara elektrik yang terapung di sekeliling kita sepanjang masa. Jumlah Ion Positif berbanding Ion Negatif di kalangan bayi baru lahir adalah 20% dan 80%. Jumlah ini dipercayai merupakan nisbah paling baik dalam diri manusia. Namun, masa berjalan dan ditambah pula dengan perubahan persekitaran, Ion Negatif dalam badan berkurangan manakala Ion Positif bertambah banyak dalam badan. Ion Positif menyebabkan darah menjadi likat lalu menjadi lebih berasid. Penyerapan nutrien dan perkumuhan menjadi kurang cekap, menyebabkan proses metabolisme menjadi lembab. Fungsi badan semakin menurun. Penyusutan Ion Negatif dalam badan adalah penyebab masalah mental dan fizikal semakin meningkat.

    Menurut Asian Medical Journal, jumlah Ion Negatif dalam udara adalah seperti berikut (bagi setiap 1cc udara):-

    1,000 - 2,000 - bagus untuk kesihatan
    5,000 - 50,000 - dapat mengukuhkan dan memperbaiki sistem kekebalan diri
    100,000 - 500,000 - dapat membantu badan menyembuhkan sakitnya sendiri

    Organ terbesar dalam badan manusia adalah kulit. Kita hanya dapat menyerap 15% Ion Negatif menerusi pernafasan. Sekiranya kita menggunakan kulit kita bagi menyerap Ion Negatif, 85% Ion Negatif dapat diserap.

    Oleh itu, badan kita dapat menyerap 100% Ion Negatif seandainya kita memakai pakaian yang diperbuat daripada Teviron.

  7. #7
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Ruangan Cantik Sihat untuk Cik, Puan, Cik Puan dan Tuan-tuan

    Fakta dan Soal Jawab mengenai Ion Negatif

    1) Apa Itu Ion Negatif dan di Mana Ia Boleh di Dapati?

    Ion Negatif adalah molekul yang terjadi secara semula jadi, tidak berbau, tidak mempunyai rasa dan tidak nampak pada penglihatan mata kasar. Ia banyak di dapati di kawasan air terjun, di tepi pantai, di kawasan hutan dan kawasan peranginan semula jadi. Banyak kajian sudah dijalankan di seluruh dunia dan bersetuju ion negatif berguna kepada kesihatan kita manakal Ion Positif tidak bermanfaat kepada kita.

    Kehidupan di hutan batu mengandungi sedikit ion negatif. Jika anda bekerja di bangunan batu yang berhawa dingin, tidakkah anda perlukan rehat atau pergi bercuti ke tempat lain? Selalunya tempat yang menjadi pilihan adalah di tepi laut atau mendaki gunung. Tidakkah anda berasa lebih segar, gembira, ringan, semua masalah lenyap ketika berada di sana? Semua perasaan yang positif ini adalah disebabkan anda mendapat bekalan ion negatif yang banyak sewaktu bercuti ke tempat sebegitu. Bandingkan perasaan anda jika anda pergi ke bandar-bandar sibuk, apa pula perasaan anda?

    2) Apakah Teviron?

    Teviron adalah sejenis gentian terhebat di dunia yang dicipta oleh negara matahari terbit, sudah memenangi banyak anugerah dan diiktiraf menyumbang kepada tahap kesihatan penduduk, ekonomi serta masyarakat Jepun.

    3) Mengapa tahap kesihatan seseorang itu bertambah baik apabila memakai pakaian yang diperbuat daripada teviron? Apakah kebaikan Ion Negatif kepada tubuh manusia?

    Gentian teviron ini menyelaputi tubuh badan anda dengan Ion Negatif. Apabila kita mendapat bekalan Ion Negatif yang banyak, ia akan meningkatkan lagi tiga perkara berikut:-

    i) mempertingkatkan lagi kecekapan penggunaan oksigen
    ii) menajamkan lagi tumpuan minda
    iii) menambahkan lagi tahap kepekaan.

    Selain itu, ia dapat:-
    i) melegakan rasa sakit
    ii) meningkatkan kadar metabolisme
    iii) melancarkan peredaran darah
    iii) mengukuhkan sistem ketahanan diri
    iv) mengawal sistem saraf autonomi
    v) dapat membantu menghilangkan rasa putus asa dengan kehidupan.

    Pakaian teviron juga membantu menghalang anda daripada diserang oleh Ion Positif yang mendatangkan banyak penyakit itu setiap masa.

    4) Adakah anda masih mendapat khasiat Ion Negatif walaupun dipadankan dengan pakaian biasa?

    Sudah tentu! Memang produk teviron dicipta supaya boleh dipakai dan dipadankan dengan pakaian lain.

    5) Bolehkah dan bagaimanakah produk ini dicuci?

    Semua produk teviron boleh dicuci. Namun ada cara tertentu bagaimana ia boleh dicuci dan dengan menggunakan sabun yang khas sahaja demi mengelakkannya daripada rosak.

    6) Mana lebih baik, Ionic Generator ataupun pakaian teviron?

    Ionic Generator boleh menghasilkan Ion Negatif bagi mengelokkan kualiti udara di tempat mana ia dipasang. Namun terdapat beberapa kelemahan contohnya bau yang kurang menyenangkan, kos penyelenggaraan, kos menukar bahagian rosak, bunyi yang bising, lapisan ozon yang membahayakan serta tidak mudah di bawa. Pakaian teviron pula hanya perlu dipakai dan anda sudah mendapat perlindungan daripada Ion Negatif.

    7) Apakah jenis-jenis produk teviron yang boleh didapati?

    Produk keluaran teviron termasukkan pakaian dalam, pakaian pembentukan badan, cadar tilam dan selimut, pakaian biasa dan lain-lain alat bantuan untuk kegunaan mata, sendi-sendi, stokin dsb.

    8) Siapakah yang boleh menggunakan pakaian teviron ini?

    Pakaian teviron sesuai untuk dipakai oleh lelaki dan wanita, bayi, kanak-kanak, orang tua yang sering sakit-sakit dll.

    9) Bolehkah aksesori bilik tidur dapat membantu orang yang susah tidur malam?

    Ramai yang berkata cadar dan selimut teviron membantu mereka tidur lena. Rasa stres dan ketegangan segera hilang dan tidur menjadi nyenyak. Bukan itu saja, alas tilam dan sarung bantal dan selimut dapat memulihkan pesakit yang menderita sakit kronik.

  8. #8
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Istimewa untuk payudara sihat

    Pakaian Dalam Pembentuk Payudara Teviron (Teviron Body- Shaping Bra)

    Kod: QF01

    Harga berbeza mengikut saiz - antara RM415 - RM480
    Warna : Beige

    Kebaikannya dari sudut kesihatan:-

    1) Menghalang barah payudara
    2) Menghapuskan bonjolan pada payudara (breast lump)
    3) Memulihkan fibrosis dalam payudara

    Yang jelas, anda hanya perlu membelinya sekali sahaja seumur hidup. Bayangkan penjimatan yang sudah anda lakukan. Produk yang dibeli dibungkus dari negara Jepun. Pengedar di Malaysia hanya akan menyerahkannya kepada anda. Sungguh istimewa, bukan? Anda pasti sudah mengetahui betapa masyarakat Jepun begitu mementingkan kualiti produk serta yang lebih penting lagi adalah pembungkusan produknya!

    Ciri-ciri bra ini:-

    1) Ia direka dengan menggunakan wayar besi yang lembut berbentuk U bagi membolehkan payudara kelihatan tegang, menolak lemak badan di sekitar kawasan lengan ke hadapan.

    2) Bahagian dalam mangkuk coli diperbuat daripada 100% Teviron, membolehkan payudara diseliputi dengan Ion Negatif.

    3) Tali coli diperbuat daripada campuran Teviron dan Polyurethane yang dapat memberi sokongan dan perlindungan yang selesa.
    Last edited by kaklani; 17th February 2009 at 04:56 PM. Reason: Tambah gambar

  9. #9
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Apa itu Anion

    Terlalu banyak informasi di ruangan ini?

    Masih kurang jelas?

    Anda pernah dengar perkataan Anion?

    Tahukah anda apa itu anion?

    Mahukan penjelasan?

    Mari Baca Lagi...

  10. #10
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Mahukan Payudara sihat dan cantik? Go to last page

    Apa kaitan payudara sihat dan cantik dengan anion?

    Fabrik yang digunakan bagi membuat bra ini kaya dengan anion. Anion adalah zarah-zarah yang ada di sekeliling kita tercaj dengan elektrik negatif.

    Untuk info, zarah yang tercaj dengan elektrik positif dinamakan Cation.

    Anion (zarah elektrik negatif) lawannya Cation (zarah elektrik positif).

    Zarah elektrik negatif diperlukan bagi mengekalkan kehidupan. Cation pula memudaratkan kesihatan sedikit demi sedikit.

    Jadi fabrik bra yang ditonjolkan di sini menyerap anion yang ada di persekitaran masuk ke dalam tubuh badan si pemakai. Begitulah bagaimana ion negatif membantu meningkatkan kesihatan.

    Itu sahaja buat kali.

    Ada lagi kisah tentang keistimewaan bra ini.

    Benarkah ion negatif boleh menghalang kanser?

    Nantikan informasi mengenainya!!

  11. #11
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Masalah Gout - pakai pembalut lutut

    Kod1702
    Knee Supporters (Kain Balutan Lutut)(1 Pasang setiap Pek)

    Diperbuat daripada gentian 'Teviron' yang dapat memerangkap ion negatif yang ada di sekeliling kita lalu diserapkan ke dalam tubuh badan dan memperkasakan sistem imuniti badan.

    Warna : Beige

    Ada saiz M, L - berharga RM360.00
    bagi saiz XL - berharga RM390.00

    Fabrik kain balutan ini lembut dan selesa dipakai. Ia tahan lama.

    Saiz M berukuran 30.5 - 38.1cm
    Saiz L berukuran 33 - 41.4cm
    Saiz XL berukuran 38.1 - 47.5cm

  12. #12
    Peniaga Supreme @ Causeway Mall
    Join Date
    28 Oct 2008
    Posts
    184

    Default Re: Masalah Gout - pakai pembalut lutut sahaja, Mudah!

    Quote Originally Posted by kaklani View Post
    Ruang ini dikhaskan bagi barangan kesihatan dan kecantikan seperti Korset N Girdle Ion Negatif Teviron, Jus Penawar 23 Herba Intra, Set Bersalin keluaran Nona Roguy (info akan diupload).

    Produk berion negatif masih baru di Malaysia tetapi sudah 30 tahun berada di Jepun, negara kelahirannya. Tetapi pengetahuan mengenai ion negatif bukan perkara baru.

    Sila skrol untuk lebih informasi.

    Marilah kita sama-sama menjadi warga berinformasi, pengetahuan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan diri.

    Produk ion negatif ini tahan lama, anda hanya perlu membelinya sekali sahaja seumur hidup. Tetapi produk ini harus dijaga dengan baik bagi mengekalkan keberkesanannya.

    Alah membeli, menang memakai!

    Jus Penawar 23 Herba Intra

    Jus Penawar Herba Intra menggabungkan ilmu perubatan dalam Islam, Timur khasnya China dan Barat. Ia bukan ubat tetapi merupakan minuman kesihatan yang berkhasiat, boleh membantu memperbaiki sistem tubuh badan. Jus ini adalah hasil daripada ramuan herba seperti-

    1) Alfalfa
    2) Aloe Vera
    3) Bee Pollen
    4) Rose Hip China
    5) Halia
    6) Cendawan Merah
    7) Akar Ginseng
    8) Sarsaparila dll.

    Bagaimana Air Intra ini berfungsi?

    1) Ia membuang dan menyucikan toksid dan racun serta kesan-kesan ubat moden dalam tubuh badan.

    2) Ia menambah kekurangan zat dalam tubuh badan.

    3) Ia memperbaiki dan membina semula sel-sel dan tisu sistem saraf yang rosak dalam badan agar kembali kepada sediakala.

    4) Ia menguatkan sistem ketahanan diri dan menyeimbangkannya agar terus sihat.

    5) Ia memperkuat sistem antibodi

    6) Ia memberi tenaga, anti penuaan dan mengaktifkan sel-sel badan.

    Rasanya tidak pahit tetapi berperisa buah anggur dan buah lai. Ia mengandungi ekstrak 23 jenis herba dan 36% jus buah.

    Mengapa hanya mengandungi 23 jenis herba?
    Herba yang digunakan adalah 23 jenis herba tradisional yang terbukti sesuai digunakan berabad-abad lamanya oleh berbagai suku dan kaum di seluruh dunia bertujuan memelihara kesihatan mereka.

    Air Penawar ini halal serta tidak mengandungi bahan pengawet.

    Ia boleh diambil oleh semua golongan lelaki dan wanita, tua dan muda serta kanak-kanak, bayi, pesakit, ahli sukan dan wanita hamil.

    Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan sudah mencuba pelbagai rawatan dan ubat tetapi masih belum pulih, cubalah Air Penawar Herba ini. Dengan izin Allah swt, jus ini boleh memperbaiki tahap kesihatan pengamalnya.

    Saya sendiri mengenali dua orang penghidap sakit gout dan leukemia tetapi alhamdulillah sembuh selepas mereka mengamalkan minum air Intra ini. Masing-masing sudah menjadi stokis produk ini dan menggalakkan orang lain pun turut
    mencubanya. Terdapat banyak lagi testimonial daripada orang ramai yang berpuas hati.

    Apakah kesan tindakbalas kerana meminum jus herba ini?

    Sesetengah pengamal yang baru meminum jus ini mungkin akan mengalami keadaan yang tidak menyenangkan selama beberapa hari. Ini adalah nomrla kerana produk ini sedang menyesuaikan dan memperbaiki keadaan badan. Malah, ini hanyalah kesan tindakbalas sementara. Keadaan berikut biasa dialami:-

    1) Reaksi pembuangan toksid
    Anda akan mengumuhkan najis berwarna hitam dan berbau busuk. Jerawat akan bertambah. Anda juga akan kerap ke tandas serta timbul bintik-bintik merah pada kulit menyebabkan anda berasa gatal serta banyak berpeluh.

    2) Reaksi kelesuan
    Anda akan mengalami sakit pinggang dan belakang, banyak tidur dan sering berasa letih.

    3) Reaksi sensitif
    Gastrik, darah tinggi dan kencing manis bertambah, anda berasa panas, cirit-birit, sembelit dsb.

    4) Reaksi lain
    Sakit perut, rasa mual, sukar tidur, berasa amat bertenaga, sakit sendi, pening, sakit kepala dsb.

    Anda dinasihatkan agar tidak berasa bimbang. Tindakbalas ini hanya bersifat sementara. Apabila anda mengalami keadaan ini, kurangkan pengambil jus herba dan banyakkan minum air. Selepas 3 - 7 hari, keadaan kesihatan anda Insya Allah akan bertambah baik.

    Hasil Kajian Saintifik terhadap Jus Herba

    Kajian yang memakan masa selama 15 tahun mendapati:

    1/3 daripada pengamal yang minum Jus Herba secara tetap, tahap kesihatan mereka bertambah baik dalam masa 1 hingga 3 hari,

    1/3 daripada pengamal yang minum Jus Herba secara tetap, tahap kesihatan mereka bertambah baik dalam masa 1 hingga 14 hari manakala

    1/3 lagi daripada pengamal yang minum Jus Herba secara tetap, tahap kesihatan mereka bertambah baik dalam masa 1 hari hingga 4 minggu.
    bolehkah air intra ini merawat sinus?

  13. #13
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Masalah Gout - pakai pembalut lutut sahaja, Mudah!

    Memang ada testi penyakit resdung pulih hasil minum air intra nih. Kaklani pun baru ambil air ni, dalam dua minggu pertama tu ada rasa perubahan ketara. Nanti Kak Lani pm, k?

  14. #14
    Peniaga Supreme @ Causeway Mall
    Join Date
    28 Oct 2008
    Posts
    184

    Default Re: Masalah Gout - pakai pembalut lutut sahaja, Mudah!

    saya dah seminggu amik air intra ni .. so far so good ..
    kulit tambah moist .. buang air pun lawas semacam ajer .. mcm mkn nona roguy la pulak ..
    stakat ni tak de negatif reaction pulak, kalau takat kentut tu mmg byk juge .. sakit tekak ada sket tp skrg ni dah ok .. sinus pun mcm dah makin improve

  15. #15
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Masalah Gout - pakai pembalut lutut sahaja, Mudah!

    Quote Originally Posted by haslan View Post
    saya dah seminggu amik air intra ni .. so far so good ..
    kulit tambah moist .. buang air pun lawas semacam ajer .. mcm mkn nona roguy la pulak ..
    stakat ni tak de negatif reaction pulak, kalau takat kentut tu mmg byk juge .. sakit tekak ada sket tp skrg ni dah ok .. sinus pun mcm dah makin improve
    Betul tuh, bagi orang yang sihat memang tak ada tindakbalas negatif. Tapi kalo ada tindakbalas pun, ia berlaku dalam masa yang singkat. Katakanlah batuk atau tekak kering. Memula memang batuk takde kahak, tapi lepas sehari dua, kahak senang keluar. Dalam seminggu sembuh, Insnya Allah.

  16. #16
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Masalah perut buncit, senggugut, ada tumor - pakai jer barut nih

    Jika anda mempunyai masalah perut buncit, period pain, senggugut, sakit perut, ada ketumbuhan dalam perut, boleh cuba barut yang berteknologi ion negatif.

    Ion negatif mengaktifkan sel-sel badan yang sudah dormant jadi sel-sel badan yang tugasnya membunuh 'alien' dapat diaktifkan.

    Teknologi ion negatif bukan sesuatu yang baru tapi barut yang berteknologi ion negatif memang baru di Malaysia...tapi sudah 30 tahun bertapak di Jepun. Oh ya, ini memang barang Jepun.

    Tahu apa itu anion? Anion adalah nama bagi ion negatif. Cation adalah nama bagi ion positif. Ion Positif menyebabkan badan sakit, ion negatif menyihatkan badan.

    Boleh caya ker ni?

    Boleh sms saya di 0169904568.

  17. #17
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Masalah slip disk,perut buncit,senggugut,sakit perut,sakit pinggang - meh cuba barut, Mudah!

    Nak testi?

    Ramai yang dah sembuh, Alhamdulillah. Biar apa pun sakitnya. Malah ada yang sudah bertahun-tahun sakit pun, terlantar di tempat tidur selama ni, tapi dengan menggunakan produk ion negatif, Alhamdulillah sembuh.

    Bagi orang yang sudah sakit dan terlantar ajer, mereka boleh menggunakan cadar dan selimut berion negatif. Regenya memang ribu-ribu.

    Cadar dan selimut ni memerangkap beratus ribu ion negatif di sekeliling kita, sebab tu ia mahal. Harga produk ini bertambah tinggi sekiranya ia dibuat dengan menggunakan fabrik teviron sepenuhnya. Fabrik teviron inilah yang dapat memerangkap ion negatif.

  18. #18
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Info - ion negatif vs ion positif

    Ion negatif juga dikenali sebagai vitaman dalam udara (vitamin in the air).

    Walaupun ia ada di sekeliling kita secara semulajadi, namun suatu perantara diperlukan bagi meresapkannya ke dalam badan kita. Benar kita menghirupnya melalui pernafasan, tetapi hanyalah sebanyak 15%. Dengan produk ion teknologi, ia menolong meresapkan ion negatif sebanyak 85% terus ke dalam badan menerusi kulit kita.

    Katakan ada 1000cc ion negatif di sekeliling kita. Dengan bernafas, kita memasukkan hanya 225cc ke dalam badan kita.

    Secara umumnya, ion positif lebih banyak dalam persekitaran menerusi handphone, komputer, radio, tv, microwave, kenderaan dan apa saja yang menggunakan elektrik dan gelombang elektrik.

    Ion negatif diperlukan bagi mengekalkan tahap kesihatan orang yang sememangnya sihat dan membantu memulihkan orang yang sedang sakit.

  19. #19
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Masalah slip disk,perut buncit,senggugut,sakit perut,sakit pinggang - meh cuba barut, Mudah!

    Testi testi testi tentang ion negatif ni...

    Kak Lani ada sekeping kain teviron yang boleh digunakan bila-bila ada rasa tak selesa.

    Jadi kami satu rumah guna kain ni la, saja cuba-cuba nak tengok ada ke rasa kurang sakit dan sebagainya. Contohnya,

    1) Anak kecil 5 tahun sakit perut lalu akak suruh dia baring dalam 5 minit dan tutup perut dia dengan kain ni. Bagi dia pakai kejap sebab dia dah nak ke sekolah. Tak lama lepas tu dia sembuh.

    2) Aunty kami sakit gigi lalu dicabut. Tiba-tiba ada pendarahan dan dia dalam keadaan menderita hari tu. Waktu malam, akak bagi pinjam kat dia kain ni, suruh dia tekap kat bahagian tengkuk. Alhamdulillah esoknya dia sembuh. Ini kali ketiga dia cabut gigi selama setahun dia dengan kami. Waktu pertama dan kedua tu, dia memang cukup menderita hinggakan air mata menitis menahan sakit. Kali ni, dia sakit sehari (hari dia cabut gigi, lepas tu dia sibuk menjaga anak walaupun sedang kesakitan, sebab tu dia gunakan kain tu pada waktu malam masa tidur).

    3) Bagi diri saya sendiri, saya gunakannya sebagai lapik di bahagian pinggang bila tidur sebab selalu lenguh. Sekarang saya sedang batuk dan berkahak, saya lapik di bahagian dada masa tidur.

    4) Baru-baru ni aunty dapat period pain so waktu malamnya suruh dia tekap kat perut. Baik juga. Dia memang hairan macam mana sehelai kain tu boleh baikkan kesakitannya.

    Semua ini hanyalah teknologi. Tiada magik.

    Memang banyak testi yang gah gah tapi kami hanya kongsi pengalaman sendiri buat masa ni... mungkin lain kali citer lagi.

    Kami sekarang ni memang dah kurang ambil ubat. Itu yang bestnya.

  20. #20
    Peniaga Supreme @ Vcoast Plaza
    Join Date
    08 Apr 2007
    Posts
    538

    Default Re: Masalah slip disk,perut buncit,senggugut,sakit perut,sakit pinggang - meh cuba barut, Mudah!

    Ini barut yang boleh digunakan sekiranya anda mengalami
    sakit pinggang,
    sakit belakang,

    Barut ni memang hebat.

    Harga: RM390/RM420 (bagi saiz LL)

Page 1 of 2 12 LastLast

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •