Results 1,261 to 1,280 of 1324
-
11th November 2011, 11:20 AM #1261
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
Mesin jahit Brother NV50 boleh digunakan untuk menjahit quilting, jeans, lycra dan lain2 jenis kain. Corak jahitan tepi telah sedia ada di pattern selection panel. Berikut adalah panduan untuk mendapatkan hasil jahitan yang sempurna.
1. Quilting- Gunakan tapak quilting F005N
2. Jeans- Gunakan jarum saiz 18
3. Lycra- Gunakan jarum emas (ball point needle)
4. Lain2 jenis kain- rujuk link di bawah untuk senarai tapak2 mesin jahit
http://www.wanitamelayu.com/forum/sh...34&postcount=1
-
14th November 2011, 07:32 AM #1262
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
8hb nov saya ada pm lsn, tp sampai skrg xreply.. saya copy balik n tanya kat sinilah:
Title: NV900
ada org tanya pasal mesin ni. antara soalannya:
1. mesin ni blh buat sulam kerawang tak?
2. brp harga software utk sulam tu dan brp harga?
3. apa kegunaan s/ware tu?
tqvm
-
14th November 2011, 12:57 PM #1263
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
Harap maaf kerana overlooked PM anda. Berikut adalah penerangan untuk mesin Brother NV950E (upgraded model of NV900)
1. Mampu membuat kerawang, namun tidak sesuai kerana saiz maksima setiap sulaman adalah 100 x 100 mm, jadi perlu dialih banyak kali untuk menyiapkan satu sulaman kerawang yang lengkap. Kesimpulannya, mesin ini tidak sesuai untuk membuat bisness sulaman kerawang.
2. Terdapat 3 jenis software, Brother PE-Lite RM2,999, Brother PE-Design Next RM4,999 dan Software edaran LSN sendiri RM4,999. Software yang terbaik, canggih dan paling mudah digunakan adalah software keluaran LSN dan anda akan mendapat diskaun RM2,000 untuk software tersebut sekiranya beli secara pakej bersama2 dengan mesin.
3. Tanpa menggunakan software, anda perlu download file sulaman dengan format '.pes' dari internet atau mana2 sumber yang lain, dan kemudiannya transfer design tersebut ke mesin dengan menggunakan USB cable yang tersedia dalam mesin atau dengan menggunakan pendrive. Namun tanpa software, setting dan adjustment untuk pattern sulaman seperti kerawang dan lain2 pattern adalah terhad. Juga, tanpa menggunakan software, anda tidak boleh design atau reka corak sulaman tersendiri. Kesimpulannya, tanpa menggunakan software, tidak berbaloi untuk membeli mesin sahaja.
-
14th November 2011, 01:29 PM #1264
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
ok, kalau nak wat biz sulaman kerawang ni, model apa yg sesuai dan brp harganya. tqvm
-
15th November 2011, 10:57 AM #1265
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
Brikut adalah model2 mesin jahit yang sesuai digunakan untuk membuat sulaman kerawang.
1. Brother NV750E, RM4999
- Sulam sahaja
- Saiz sulaman sehingga 180mm x 130mm
- Kelajuan 650 jahitan seminit
- Bottom thread trimmer
- Boleh guna pendrive
2. Brother NV1500, RM8999 (Model cadangan LSN utk memulakan bisnes sulaman)
- Sulam dan jahit biasa (Mesin 2 dalam 1)
- Saiz sulaman sehingga 260mm x 160mm
- Kelajuan 850 jahitan seminit
- Bottom thread trimmer
3. Brother NV4000, RM14999 (Model terbaik, budget tinggi)
- Sulam dan jahit biasa (Mesin 2 dalam 1)
- Saiz sulaman sehingga 300mm x 180mm
- Kelajuan 1000 jahitan seminit
- Top and Bottom Automatic thread trimmer
- Memory Backup
- Boleh guna pendrive
Fungsi mesin sulam berkomputer di atas adalah sama. Perbezaan ketara adalah dari segi saiz maksima sulaman dan kelajuan mesin tersebut.
Harga-harga yg disebut di atas adalah tidak termasuk software sulaman. Software sulaman digunakan untuk anda membuat design anda sendiri seperti kerawang, logo2, bunga2, nama, haiwan dan lain2 lagi. Jika tanpa software sulaman anda hanya boleh jahit design sulaman yg sedia ada sahaja. Harga pasaran bagi software sulaman adalah RM4999, namun jika anda beli mesin sulam bersama2 software sulaman, harga software sulaman menjadi RM2999 selepas diskaun.
LSN boleh memberi banyak design2 percuma merangkumi pattern2 kerawang, bunga dan lain2 lagi.
-
15th November 2011, 03:25 PM #1266
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
ok, terimak kasih atas penerangan yg pjg lebar itu

ada seorg lagi kawan saya yg bertanya, mesin jahit tepi kalau nak jahit manik/sequin nak pakai tapak apa? brp rm?
-
15th November 2011, 06:08 PM #1267
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
-
15th November 2011, 08:38 PM #1268
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
-
16th November 2011, 09:36 AM #1269
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
Harga yang disebut adalah berdasarkan Standard RSP oleh Brother International (M) Sdn Bhd. Namun, diskaun khas akan diberi kepada pelanggan yang beli bersama2 dengan mesin dan juga kepada pelanggan sedia ada LSN.
Untuk makluman anda, kebanyakan tapak2 dan aksesori mesin Brother adalah buatan Jepun. Bagi jenama lain pula buatan Taiwan dan China. Ini boleh jadi salah satu sebab perbezaan harga bagi tapak2 dan aksesori tersebut.
-
16th November 2011, 10:24 AM #1270
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
-
19th November 2011, 06:01 PM #1271
- Join Date
- 08 Nov 2009
- Posts
- 9
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
LSN,
Saya nak tanya beberapa soalan seperti di bawah:
1) Beza NV50 dengan Janome 2049
2) Beza NV750 dengan Janome MC350E
3) Ada tak mesin jahit yang ada fungsi 2in1 iaitu jahit biasa untuk pelbagai jenis baju (termasuk kain lycra, tshirt, denim etc) dan juga untuk pelbagai jenis sulaman, jika ada, boleh nyatakan jenis mesin dan harga.
*Rasanya semalam saya ada buat post pasal ni, tapi tak jumpa pula kat mana. Saya sedang cari mesin utk jahit baju di samping saya juga nk wat bisnes sulaman ni.
-
24th November 2011, 12:00 PM #1272Ahli Baru
- Join Date
- 16 Jun 2008
- Posts
- 39
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
nak tanya lsn ada jual embroidery memory card tak utk nv90e??
kalo ada berapa rm?
dan ada tak service tukar design dari format lain ke format pes?
contoh embroidery dari mesin jahit janome ke brother..
tq..
-
26th November 2011, 05:05 PM #1273
- Join Date
- 26 Nov 2011
- Posts
- 12
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
macam mana kalau saya nak buat instalment ya
-
26th November 2011, 11:59 PM #1274
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
Berikut adalah jawapan bagi pertanyaan anda.
1. Di bawah adalah perbezaan ringkat bagi model Brother NV50 dan Janome 2049:
Brother NV50 (RM1499)
a. 135 corak jahitan
b. Berkomputer dan mudah digunakan.
c. 10 corak lubang butang
d. Boleh menggunakan padel kaki atau tidak menggunakan padel kaki.
e. Mempunyai 5 feed dog (gigi mesin). (Boleh jahit material lebih tebal berbanding 3 feet dog).
f. Mempunyai tulisan corak alphabet.
Janome 2049 (RM2499)
a. 22 corak jahitan.
b. Jenis machenical tapi masih mudah digunakan.
c. 1 corak lubang butang.
d. Menggunakan padel kaki sahaja
e. Mempunyai 3 feed dog sahaja.
f. Tidak mempunyai tulisan corak alphabet.
2. Tiada perbezaan ketara antara model Brother NV750E dan Janome MC350E. Spesifikasi adalah sama, namun kelajuan sulaman mesin Brother NV750E adalah jauh lebih laju berbanding dengan MC350E. Harga Brother NV750E adalah RM4999 dan Janome MC350E adalah RM7000. Brother mempunyai pusat servis yang lebih banyak, jadi mudah untuk anda mendapatkan perkhidmatan servis.
3. Berikut adalah model2 mesin yg 2 dalam 1 iaitu boleh jahit biasa dan sulam.
a. Brother NV950, RM3999.
b. Brother NV1500, RM8999
c. Brother NV4000, RM14999
-
27th November 2011, 12:10 AM #1275
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
LSN juga menjual memory card untuk mesin mesin Brother NV90E. Harga bagi setiap card adalah RM280. Anda boleh dapatkan katalog design di premis LSN.
Anda boleh tukarkan format mesin lain ke mesin Brother atau sebaliknya dengan percuma seperti contoh format JEF (Janome Embroidery Format) ke PES (Personal Embroidery System). Anda hanya perlu hantar design untuk diconvert ke mesin anda pada email enquiry@lsn-sewingmachines.com.
Anda juga dicadangkan membeli software sulaman jika mempunyai budget. Kelebihan mempunyai software sulaman adalah anda boleh membuat design sulam anda sendiri, convert format mesin dan melihat design yg hendak disulam dengan lebih jelas. Anda akan mendapat percuma beribu-ribu design sulaman jika membeli software sulaman dari LSN.
-
27th November 2011, 12:16 AM #1276
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
Anda boleh membuat ansuran melalui 2 cara. Berikut adalah cara-cara ansuran yg disediakan oleh LSN dan syarat-syaratnya.
Ezypay Maybank 0%.
- Pemegang kad kredit Maybank
Ansuran Mudah AEON.
- Salinan IC depan belakang
- Salinan slip gaji 1 bulan terbaru atau salinan SSM jika bekerja sendiri.
- Penyata bank 6 bulan
-
2nd December 2011, 10:27 AM #1277Ahli Baru
- Join Date
- 16 Jun 2008
- Posts
- 39
-
2nd December 2011, 11:54 AM #1278
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
-
2nd December 2011, 05:27 PM #1279
- Join Date
- 01 Jul 2011
- Posts
- 5
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ PROMOSI TERKINI
hi LSN,
boleh saya tau ape perbezaan bagi setiap tapak ni? stitch guide foot (F035) stitch foot (F017) dan 1/4" piecing foot with guide (F057). Kalau saya nak beli tapak untuk jahit topstitch bagi jahitan yg ada curve supaya nampak lebih kemas yang mana LSN boleh cadangkan?
-
7th December 2011, 09:05 PM #1280
- Join Date
- 08 Nov 2009
- Posts
- 9
Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines
LSN,
Terima kasih di atas penjelasan tersebut. Saya tak sempat baca reply di atas. So, saya terus beli Janome 2049 tu. Bila baca comparison function di atas mmg rugi sket la, tapi sebab ada percuma kelas 1thn, so sejuk jg la ati ni
Cuma, saya nk kepastian. Semalam saya beli brother nv1500 kat LSN. Ur staff kata mesin ni ada function yang masukkan benang kat jarum secara automatic. Tapi kat mesin ni takde pn? Ke ada disimpan kat mana-mana bahagian dalam kotak ni? Saya baru try pasang mesin ni. So agak jenuh jg nk masukkan benang dalam jarum sebab mata ni kabur sket..












Reply With Quote








Bookmarks