Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Page 61 of 67 FirstFirst ... 1151575859606162636465 ... LastLast
Results 1,201 to 1,220 of 1324
  1. #1201
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by uniux View Post
    Hi LSN,

    nk tanya skit, masih ade lg x Promosi kat bawah nie, (Berminat nk beli Brother NV10)
    n ape perbezaan antara XL2630 dgn NV10 dari segi jenis jahitan yg biasa2 aje d gunakn..

    harap dpt membantu..
    Berikut adalah perbezaan mesin Brother XL2630 dan NV10.

    NV10
    -RM1099
    -mesin jenis berkomputer
    -mempunyai 16 corak jahitan
    -mempunyai 6 tapak jahit yang disediakan seperti tapak jahit zip, jahit lurus, jahit butang, jahit lubang butang, jahit sembat dan kemasan tepi kain
    -mempunyai fungsi jahit lubang butang hanya satu langkah

    XL2630
    -RM799
    -mesin jenis mekanikal
    -mempunyai 25 corak jahitan
    -mempunyai 4 tapak yang disediakan seperti tapak jahit zip, jahit lurus, jahit butang dan jahit lubang butang
    -Fungsi menjahit lubang butang hendaklah menggunakan 4 langkah

    Harap maaf, promosi utk NV10 telah tamat pada 20.9.2011

  2. #1202
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by xeeyn View Post
    LSN,

    nak tanya kalau nak jahit kain lycra boleh ke guna singer twin needle 6mm tu guna mesin NV50?

    atau pun kena guna ball point twin needle utk jahit kain lycra? ada ke twin needle emas ni?

    tq
    Anda boleh gunakan Twin Needle biasa untuk menjahit kain lycra. Namun, jarum tersebut tidak sesuai untuk beberapa jenis kain lycra, jadi anda boleh lihat missing stitches.

    Terdapat Ball Point Twin Needle di pasaran, namun tiada di Malaysia. Bagi pengetahuan anda, LSN sedang membuat tempahan untuk mendapatkan jarum khas tersebut dari luar negara. Dijangka stok akan sedia ada pada bulan Disember 2011. Sila semak di talian 03-91025766 dari masa ke semasa atau rujuk www.lsn-sewingmachines.com di kategori produk untuk kemasikini maklumat.

  3. #1203
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by babyqiss View Post
    Hi LSN,
    Saya tiada sebarang knowledge menjahit menggunakan mesin jahit. Saya berminat dgn NV50....as a beginner, will this be a good choice ?
    Alternatively, what about NV900 ? ....Kalau boleh saya nak beli mesin jahit yang boleh grow along with my skill. Will NV900 be a good entry level sewing & embroidery machine for me ?
    Brother NV50 mempunyai jumlah corak jahitan sebanyak 135, termasuk jahitan alphabet. Pelbagai corak jahitan boleh digabungkan untuk menghasilkan pattern mengikut kesukaan anda. NV50 adalah senyap, berkomputer, user friendly dan mempunyai banyak optional accessories.

    Berdasarkan minat anda, LSN cadangkan mesin Brother NV950E RM3,999 (NV900 adalah model lama). NV950E adalah mesin 2 in 1 iaitu boleh jahit biasa/decorative dengan sulam berkomputer. Mempunyai 129 corak jahitan dan 170 build in pattern serta 6 jenis font di dalam mesin. Lebih 100 design sulaman tambahan turut diberi percuma. NV950E juga boleh jahit lubang butang, jahit zip, jahit butang, jahit sembat, jahit kelim dan lain2 lagi. Keluasan maksima design sulam bagi NV950E adalah 100mm x 100mm. Mesin tersebut lengkap dengan USB port untuk transfer design menggunakan pendrive. Model ini adalah sangat sesuai bagi kegunaan peribadi.

    Optional bagi mesin sulam adalah software sulam. Kegunaan software sulam adalah untuk membuat design2 baru sulaman mengikut kehendak anda. Anda boleh mencipta logo, bunga2, haiwan, kerawang dan lain2 lagi untuk disulam. Lebih 3000++ design sulam juga turut diberi percuma jika membeli software sulam. Harga pasaran bagi software sulam adalah RM4999, namun software sulam diberikan pada harga istimewa iaitu RM2999 jika anda beli mesin+software sulam.

    Bagi pengetahuan anda, untuk menyiapkan sepasang baju anda perlu ada sekurang-kurangnya 2 jenis mesin jahit iaitu mesin jahit biasa dan mesin jahit tepi. Anda boleh mendapatkan mesin jahit tepi Brother 3034D, RM1299 bersama mana2 satu mesin di atas.

  4. #1204

    Default Re: SENARAI MODEL DAN HARGA MESIN-MESIN JAHIT JUALAN LSN

    Quote Originally Posted by LSN View Post
    Berikut adalah senarai model dan harga mesin2 industri, sama spesefikasinya dengan mesin Juki DDL8300N. Sila pilih mengikut budget yang bersesuaian dengan anda. Cadangan terbaik LSN adalah mesin Japan Brother, sebahagian peralatan produk tersebut diperbuat di Jepun.

    1. Mesin Jahit Lurus Industri, Jelita DDL8900 RM1,295
    2. Mesin Jahit Lurus Industri, Japan Brother DB2-735/ SL1010-3 RM1,595
    3. Mesin Jahit Lurus Industri, Singer 3191D200A RM1,595
    Mesin Jelita DDL8900 RM1,295 ni ada lagi ke?

  5. #1205

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Hi... saya berminat untuk membeli

    1) sebuah mesin jahit industri (yg boleh jahit kain biasa, kain tebal jeans, kain tshirt, lubang butang)
    2) juga sebuah mesin jahit tepi.

    Mohon bagi cadangan tentang brand, modal dan harganya sekali. Terima kasih.

    SD, Stwg KL

  6. #1206
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: SENARAI MODEL DAN HARGA MESIN-MESIN JAHIT JUALAN LSN

    Quote Originally Posted by rinacomel79 View Post
    Mesin Jelita DDL8900 RM1,295 ni ada lagi ke?
    Harga tersebut adalah harga promosi, sempena pengenalan model Jelita DDL8900 untuk menggantikan model JL8700 dijual pada harga yang sama. Promosi tersebut telah tamat tempoh. Harga pasaran Jelita DDL8900 sekarang adalah RM1,595.

    Model DDL8900 mempunyai pelbagai kelebihan dari JL8700, seperti motor yang lebih tahan lasak, rotary hook buatan Jepun, dan lain-lain lagi.

  7. #1207
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by smartsd View Post
    Hi... saya berminat untuk membeli

    1) sebuah mesin jahit industri (yg boleh jahit kain biasa, kain tebal jeans, kain tshirt, lubang butang)
    2) juga sebuah mesin jahit tepi.

    Mohon bagi cadangan tentang brand, modal dan harganya sekali. Terima kasih.

    SD, Stwg KL
    Untuk makluman anda, mesin industri jahit lurus tidak boleh digunakan untuk membuat jahitan lubang butang. Terdapat tapak khas yang boleh convert mesin tersebut untuk membuat lubang butang, namun kualiti hasil jahitan lubang butang tersebut hanya akan kelihatan 30% sempurna, jadi memang akan nampak buruk dan tidak kemas. Berikut adalah cadangan LSN untuk anda.

    1. Mesin industri jahit lurus Jelita DDL8900 RM1,595
    2. Mesin industri jahit tepi Jelita 4 benang RM1,995
    3. Mesin portable Brother NV10, RM1099 gunakan untuk 1 step buttonhole
    4. Kos penghantaran: RM50 ke Setiawangsa, KL
    Jumlah yang perlu dibayar: RM4,739.00

    Untuk mesin jahit tepi, terdapat option lain:
    Mesin jahit tepi portable 3 benang Jelita 620D, RM1099

  8. #1208

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by LSN View Post
    Untuk makluman anda, mesin industri jahit lurus tidak boleh digunakan untuk membuat jahitan lubang butang. Terdapat tapak khas yang boleh convert mesin tersebut untuk membuat lubang butang, namun kualiti hasil jahitan lubang butang tersebut hanya akan kelihatan 30% sempurna, jadi memang akan nampak buruk dan tidak kemas. Berikut adalah cadangan LSN untuk anda.

    1. Mesin industri jahit lurus Jelita DDL8900 RM1,595
    2. Mesin industri jahit tepi Jelita 4 benang RM1,995
    3. Mesin portable Brother NV10, RM1099 gunakan untuk 1 step buttonhole
    4. Kos penghantaran: RM50 ke Setiawangsa, KL
    Jumlah yang perlu dibayar: RM4,739.00

    Untuk mesin jahit tepi, terdapat option lain:
    Mesin jahit tepi portable 3 benang Jelita 620D, RM1099

    Terimakasih atas penerangan dan cadangan tersebut. Saya akan beli dulu 2 jenis diatas iaitu mesin industri jahit lurus dan mesin jahit tepi jelita. Adakah DDL8900 ini boleh jahit kain jenis tshirt.. atau kena tukar tapak/jarum pun xkisahlah..

    Terimakasih.

  9. #1209
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by smartsd View Post
    Terimakasih atas penerangan dan cadangan tersebut. Saya akan beli dulu 2 jenis diatas iaitu mesin industri jahit lurus dan mesin jahit tepi jelita. Adakah DDL8900 ini boleh jahit kain jenis tshirt.. atau kena tukar tapak/jarum pun xkisahlah..

    Terimakasih.
    DDL8900 boleh menjahit light and medium fabric. Paling tebal kain jeans. Gunakan jarum bersesuaian dengan kain. Rujuk listing di bawah.
    Saiz 9: Utk kain lace/ sangat nipis
    Saiz 11: Kain licin/ sutera
    Saiz 13/ 14: Kain cotton/ biasa
    Saiz 16: Sederhana tebal/ curtain, etc
    Saiz 18: Kain tebal/ jeans, etc

    Tapak boleh maintain, tiada masalah. Anda cuma perlu tukar tapak ketika menjahit zip, narrow hemming, dan lain2 function. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan pihak LSN, sila message beri butir2 berikut untuk dihubungi.
    1. Nama penuh
    2. Alamat penuh
    3. No H/P
    4. Alamat email

  10. #1210

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    LSN,

    nak tanye apa perbezaan antara 2 mesin ni dari segi kelajuan jahitan per minit? jarum yg digunakan adakah berbeza dari jarum jahit mesin portable mcm brother nv30/50?

    Harga sama kan?

    Jelita DDL8900
    Singer 3191D200A

    TQ

  11. #1211
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by xeeyn View Post
    LSN,

    nak tanye apa perbezaan antara 2 mesin ni dari segi kelajuan jahitan per minit? jarum yg digunakan adakah berbeza dari jarum jahit mesin portable mcm brother nv30/50?

    Harga sama kan?

    Jelita DDL8900
    Singer 3191D200A

    TQ
    Kelajuan standard bagi kedua2 mesin di atas adalah sama, 5500 jahitan per minit. Kelajuan ini boleh ditingkatkan dengan mengubahsuai 'pulley' motor. Namun, mesin Jelita DDL8900 adalah sangat sesuai untuk kelajuan yang lebih tinggi kerana mesin tersebut dilengkapkan dengan motor ISM, jenama motor yang paling lasak berbanding dengan yang lain.

    Jarum mesin industri tidak sama dengan mesin portable, kod jarum mesin portable adalah HA. Di bawah adalah kod jarum untuk mesin industri.
    Kod jarum bagi mesin industri Singer 3191D200A: DP
    Kod jarum bagi mesin industri Jelita DDL8900: DB (sama dengan jarum mesin industri jahit lurus Juki, Brother, Mitsubishi, Pegasus, dll)

  12. #1212

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    saya nak tny la, nv90e dia punya max saiz sulam 100mmx100mm aje kn? tp klu sy nak extendkan saiz hoop bleh tak?kesnya sy nk try buat sulaman kerawang kat lengan baju. so taknak re-hoop kain byk kali. skdr nak adjust kedudukan hoop aje la, so nk cari hoop yg lebih pjg yg compatible dgn mesin sulam tu. agak2 ade tak?klu ade brp rm dan saiz ape yg available?

  13. #1213
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by Ida_Iar View Post
    saya nak tny la, nv90e dia punya max saiz sulam 100mmx100mm aje kn? tp klu sy nak extendkan saiz hoop bleh tak?kesnya sy nk try buat sulaman kerawang kat lengan baju. so taknak re-hoop kain byk kali. skdr nak adjust kedudukan hoop aje la, so nk cari hoop yg lebih pjg yg compatible dgn mesin sulam tu. agak2 ade tak?klu ade brp rm dan saiz ape yg available?
    Saiz maksima hoop untuk mesin Brother NV90E adalah 100mm x 100mm. Memang tiada hoop yang lebih besar bagi model tersebut. Model tersebut sebenarnya sesuai untuk kegunaan hobi sahaja, seperti membuat design2 yang kecil dan comel. Untuk membuat sulaman kerawang, mesin tersebut adalah tidak sesuai.

    Mesin Brother NV750E, RM4,999 adalah model minima yang perlu anda gunakan sekiranya hendak membuat kerawang. Namun, saiz maksima hoop0 adalah 180mm x 130mm. Lebih mahal harga mesin, lebih besar saiz hoop yang boleh digunakan.

  14. #1214

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Hai LSN,
    Saya nak tanya tapak untuk jahit zip yang ada dalam mesin NV50 hasil jahitan agak jauh dengan zip , perlu beli tapak lain untuk membuatkan jahitan dekat dengan zip atau sebagainya...ada cadangan???

  15. #1215

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    hi LSN,

    minta sugesstion utk mesin jahit tepi yg sesuai di rumah..yg boleh tukar warna benang dgn mudah,...praktikal...

  16. #1216
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by shawatie View Post
    Hai LSN,
    Saya nak tanya tapak untuk jahit zip yang ada dalam mesin NV50 hasil jahitan agak jauh dengan zip , perlu beli tapak lain untuk membuatkan jahitan dekat dengan zip atau sebagainya...ada cadangan???
    Untuk menjahit zip biasa, anda boleh gunakan tapak yang sedia ada dalam aksesori mesin. Untuk menjahit zip sorok, anda perlu mendapatkan tapak zip sorok, kod F004N RM20.00

  17. #1217
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,927

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Quote Originally Posted by susi1977 View Post
    hi LSN,

    minta sugesstion utk mesin jahit tepi yg sesuai di rumah..yg boleh tukar warna benang dgn mudah,...praktikal...
    Anda boleh mendapatkan mana2 satu dari berikut.
    1. Mesin jahit tepi 4 benang Brother 3034D, RM1299
    2. Mesin jahit tepi 3 benang Jelita 620D, RM1099

    Mesin jahit tepi 4 benang boleh digunakan untuk menjahit kain2 yang lebih tebal berbanding dengan keupayaan mesin jahit tepi 3 benang. Mesin jahit tepi 4 benang boleh di-convert ke 3 benang pada bila2 masa. Kedua2 mesin di atas juga boleh membuat jahitan tepi halus. Cara mengendalikan mesin adalah mudah bagi kedua2 mesin di atas.

  18. #1218

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    sy nak beli tapak zip sembunyi untuk mesin jahit brother ls2160
    ada tak.?
    berapa.?

  19. #1219

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Nak tanya... Brother 3034D & NV50 punya jarum size 12 sama?

  20. #1220
    Ahli Sensasi
    Join Date
    06 Nov 2009
    Posts
    5,307

    Default Re: MESIN-MESIN JAHIT BARU JUALAN LSN/ New Sewing Machines

    Nak tanya skit, kalau guna mesin industri, boleh tak jahit untuk free motion quilt? ada darning foot nya sendiri ke?

 

 

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •