Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Page 9 of 24 FirstFirst ... 567891011121319 ... LastLast
Results 161 to 180 of 461
  1. #161
    Ahli Baru
    Join Date
    31 Jul 2007
    Posts
    235

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Mesin basuh brand HITACHI auto capasity 10kg masalahnya after wash proses, mesin basuh saya tak spin. Apakah kemungkinan problemnye dan anggaran baik pulih?...berbaloi ke nak baik pulih?...

  2. #162
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by nanos View Post
    Mesin basuh brand HITACHI auto capasity 10kg masalahnya after wash proses, mesin basuh saya tak spin. Apakah kemungkinan problemnye dan anggaran baik pulih?...berbaloi ke nak baik pulih?...
    Terdapat beberapa kemungkinan punca masalah mesin basuh tidak spin selepas proses basuh. Puncanya boleh jadi mana2 satu perkara di bawah,

    1. Suis pintu (LID Switch) rosak, anda boleh lihat tanda 'LE' di bahagian display board komputer dan juga mendengar bunyi beep yg berterusan.
    2. Presser switch sensor rosak.
    3. Pam keluar air rosak, menyebabkan air masih bertakung di bahagian drum/ tong mesin tersebut. Ini akan menghalang sistem spin dari berfungsi.
    4. Gearbox rosak, kesan2 karat dapat dilihat di bahagian bawah mesin basuh (mesin tersebut perlu dibaring ke bawah)
    5. Board komputer rosak

    HITACHI adalah jenama yg sangat baik, perkara no 4 dan no 5 amat jarang berlaku pada mesin basuh jenama HITACHI.

    Anggaran kos untuk membaik pulih mesin basuh anda adalah antara RM85 (untuk masalah yg kecil) dan boleh mencecah RM300+ sekiranya menghadapi masalah yg agak serius. Mesin tersebut berbaloi untuk dibaiki kerana mesin basuh model 10kg sebenarnya adalah sangat mahal jika dibeli yang baru. Lebih baik anda baiki mesin tersebut dan gunakannya untuk beberapa tahun lagi tanpa sebarang masalah.

  3. #163

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Mesin Basuh jenama LG Fuzzy Logic 3 Step.
    Masalah : Skrew kat tengah drum (kipas) mudah longgar, bila dah ketatkan then tekan start hanya boleh pusing arah jam, lawan jam srew kembali longgar. tapi berlaku bila ada muatan. tiada muatan ok.

    apa sebab incik Linggam ?

  4. #164
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by badrina View Post
    Mesin Basuh jenama LG Fuzzy Logic 3 Step.
    Masalah : Skrew kat tengah drum (kipas) mudah longgar, bila dah ketatkan then tekan start hanya boleh pusing arah jam, lawan jam srew kembali longgar. tapi berlaku bila ada muatan. tiada muatan ok.

    apa sebab incik Linggam ?
    Ini adalah masalah yang kecil sahaja. Pulsator (kipas dlm drum), gearbox dan motor masih dalam keadaan elok berdasarkan penerangan anda.

    Punca berlakunya masalah tersebut: Skru pengetat pulsator biasanya dilengkapkan dengan washer bergigi. Washer ini akan mengelakkan skru dari menjadi longgar apabila pulsator dalam drum berpusing. Kemungkinan besar, washer tersebut telah menjadi haus (anda dapat lihat kesan haus pada washer bergigi tersebut).

    Penyelesaian: Sila tanggalkan skru bersama washer tersebut dan hantar ke LSN. Pihak teknikal LSN akan mendapatkan alat ganti tersebut untuk anda. Washer tersebut anda tidak perlu bayar, LSN mempunyai banyak washer2 yang lama yang dibuka dari ' bangkai' mesin basuh yang sudah condemn.

    Harap maklum.

  5. #165
    Ahli Sensasi
    Join Date
    06 Nov 2009
    Posts
    5,298

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Hi LSN.. bulan Oct aritu staff LSN ada dtg untuk servis mesin jahit tepi lama carrot. masa dia test tuh dah ok dah.. tp bila tukar benang jahit niii mmg teruk betul. langsung takleh pakai... camna eks... takan nak minta dtg lg.. kang terbang lg Rm45.. rasa mcm nyesal plak baiki mesin jahit tuh. patutnya jual kat besi buruk jerr kan kekeke

  6. #166
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by carrot View Post
    Hi LSN.. bulan Oct aritu staff LSN ada dtg untuk servis mesin jahit tepi lama carrot. masa dia test tuh dah ok dah.. tp bila tukar benang jahit niii mmg teruk betul. langsung takleh pakai... camna eks... takan nak minta dtg lg.. kang terbang lg Rm45.. rasa mcm nyesal plak baiki mesin jahit tuh. patutnya jual kat besi buruk jerr kan kekeke
    Memandangkan mesin anda sudah diservis, LSN pasti bahawa masalah jahitan tersebut tidak berpunca akibat kerosakan mesin. Kemungkinan besar, cara anda memasukkan benang adalah salah atau kesilapan kecil yang lain. Mesin jahit tepi adalah terlalu sensitif apabila benang2nya ditukar. Kita perlu pastikan bahawa benang dimasukkan dengan betul dan tension benang juga perlu diset supaya padan dengan benang dan kain yang dijahit.

    Anda baru sahaja menservis mesin anda 3 bulan yang lepas, jadi LSN akan pertimbangkan cas servis yang anda bayar. Sekiranya anda boleh bawa mesin tersebut ke premis LSN, pihak teknikal LSN akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut secara percuma. Sekiranya anda mahu technician LSN datang ke rumah anda, anda cuma perlu membayar transport charge sahaja, dengan kos yang sangat berpatutan.

    Sila PM nama penuh dan no h/p anda. LSN tidak mempunyai nama 'carrot' dalam customer database. Haram maklum.

  7. #167

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    hi LSN, mesin basuh saya ada kerosakan sikit. Masalahnya, air tak pump in automatik. Kena manual tuang dalam mesin basuh then mesin akan rinse spin seperti biasa. apakah kerana water valve nya perlu ditukar? Kalau ada boleh tak saya dapatkan spare partnya shj sebab saya dah cuba cari di kedai2 tapi susah nak jumpa. mesin basuh saya jenama LG, fully auto. lagi satu masalah, kadang-kadang semasa spin, mesin tu akan stop tiba-tiba/pause sendiri. Saya terpaksa mulakan function SPIN semula untuk teruskan. Kenapa ya? Overloading ke?

  8. #168
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by atizura View Post

    Memang betul bahawa Feed Valve/ Water Intake Valve di mesin basuh anda telah rosak. LSN boleh dapatkan alat ganti tersebut untuk anda.

    Masalah mesin basuh anda berhenti secara tiba2 ketika spin adalah berpunca dari kerosakan spring pengimbang. Kekenyalan keempat2 spring mesin basuh tersebut sudah menjadi tidak sekata, jadi drum mesin tersebut akan bergegar kerana tidak seimbang. Drum yang bergegar ini akan tersentuh swis keselamatan (safety switch), dan menyebabkan mesin tersebut berhenti secara tiba2. Masalah ini masih akan timbul walaupun anda memasukkan muatan ringan.

    Harga feed valve dan spring pengimbang adalah bergantung pada no model mesin tersebut. Sila beri no model mesin basuh anda dan LSN boleh memberi anggaran kos membaik-pulih mesin basuh anda.

  9. #169

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by LSN View Post

    Mesin basuh saya jenis LG WF T66PC - Fuzzy Logic 6.0 kg. Berapa agaknya spare part utk water valve tersebut dan kos pembaikan spring pengimbang?

  10. #170
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by atizura View Post
    Mesin basuh saya jenis LG WF T66PC - Fuzzy Logic 6.0 kg. Berapa agaknya spare part utk water valve tersebut dan kos pembaikan spring pengimbang?
    Harga alat2 ganti untuk mesin basuh LG WF-T66PC
    1. Water intake valve: RM75
    2. Suspension spring: RM38 x 4pcs = RM152

    Kos servis oleh LSN adalah RM45 sahaja. Sila PM nama penuh, alamat dan no h/p anda untuk dihubungi sekiranya anda confirm untuk membaik pulih mesin tersebut dengan penukaran alat2 ganti di atas.

  11. #171

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Mr. Lingam,

    Servis untuk mesin basuh nie terhad di area Lembah Klang saje ke? Saya nak tanya, mak saya punya mesin basuh jenama Toshiba. Problemnya, memula mesin nie boleh membasuh baju tetapi apabila tiba untuk spin..dia tak leh..then tak lama lepas tu, air pulak tak keluar..maksudnya bila kita on jer mesin basuh...air tak leh mengalir masuk..
    Boleh tak bagi nasihat..

  12. #172
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by nazliza View Post

    Kemungkinan besar, masalah tersebut berpunca dari perkara2 berikut;
    1. Pam keluar air (water drain valve) rosak, menyebabkan air tidak keluar dan mekanisma spin tidak berfungsi. Anggaran kos alat ganti: +/- RM145
    2. Pam masuk air (water intake valve) rosak, menyebabkan air tidak dapat disedut masuk ke dalam drum/ tub mesin basuh tersebut. Anggaran kos alat ganti: +/- RM85

    Di manakah lokasi mesin basuh tersebut? LSN boleh membantu anda membaik-pulih mesin basuh tersebut sekiranya terdapat sebarang penghantaran produk yang ditempah dari kawasan yang berhampiran.

    Kos alat ganti adalah bergantung pada jenama dan nombor model mesin basuh anda. LSN tidak dapat memberi kos baik-pulih yang tepat selagi membuat pemeriksaan teliti pada mesin basuh tersebut.

  13. #173

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Mesin basuh tersebut berada di Johor..boleh ke diperbaiki. Satu lagi En.Lingam, saya ada mesin NV50, masalahnya, kenapa bila saya menjahit lurus, dibhgn atas kain tidak sekata, maksud jahitan benangnya ada macam timbul2 tetapi bhgn bawah ok. Bila buat btk zig zag pula, bhgn atas jahitannya tidak terbentuk zig zag, tetapi bhgn bawahnya ok...
    Boleh bg nasihat tak?

  14. #174
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by nazliza View Post
    Mesin basuh tersebut berada di Johor..boleh ke diperbaiki. Satu lagi En.Lingam, saya ada mesin NV50, masalahnya, kenapa bila saya menjahit lurus, dibhgn atas kain tidak sekata, maksud jahitan benangnya ada macam timbul2 tetapi bhgn bawah ok. Bila buat btk zig zag pula, bhgn atas jahitannya tidak terbentuk zig zag, tetapi bhgn bawahnya ok...
    Boleh bg nasihat tak?
    Sila PM nama dan no h/p anda utk dihubungi. LSN akan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan hubungi anda. Besar kemungkinan, anda perlu membuka beberapa peralatan dari mesin tersebut (mudah sahaja), dan poskan ke LSN untuk diperiksa dan diperbaiki atau diganti dengan yang baru.

    Berkenaan masalah mesin Brother NV50, kemungkinan besar jahitan atas nampak bersimpul kerana anda memasukkan benang bahagian bawah dgn salah. Sila pastikan bobbin mesin berputar ke arah 'Lawan Jam' apabila benang ditarik. Pastikan benang bawah ditarik sepenuhnya melalui lubang kecil di bahagian penutup bobbin (cover plastik warna kelabu muda). Anda boleh rasa ketegangan benang jika benang dimasukkan secara betul, jika tidak benang tersebut akan menjadi longgar. Pastikan tension benang bahagian atas diset pada nombor 4. Juga, ganti jarum yang lama dengan yang baru (jenis Organ, made in Japan).

    Selain dari langkah2 di atas, sila pastikan anda menitiskan minyak ke bahagian bobbin case mesin tersebut (sekali-sekala). Rujuk langkah2 di link di bawah.
    http://www.wanitamelayu.com/forum/sh...postcount=1026

  15. #175

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    LSN, kedai u ada jual getah pemulas utk mesin singer?
    my mom's sewing machine dh lama. so, getah dh reput.

  16. #176
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by ~wani~ View Post
    LSN, kedai u ada jual getah pemulas utk mesin singer?
    my mom's sewing machine dh lama. so, getah dh reput.
    Getah pemulas/ tali mesin (untuk mesin jahit jenis kayuh), juga dikenali sebagai Machine Belt, RM5 sahaja. Ada stok bila-bila masa.

  17. #177

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    mr, my mom's sewing machine mmg jenis kayuh. tp lepas tu dia dh tukar from manual to auto.
    so, the cord i mentioned above sama ke ngan yang u mentioned?

  18. #178
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by ~wani~ View Post
    mr, my mom's sewing machine mmg jenis kayuh. tp lepas tu dia dh tukar from manual to auto.
    so, the cord i mentioned above sama ke ngan yang u mentioned?
    Tidak sama. Getah pemulas yang anda maksudkan sebenarnya adalah Motor Belt (mesin kayuh tersebut sudah dipasang dgn motor mesin jahit).

    Harga motor belt (jenis Mitsubishi, Japan) adalah RM15. Belt tersebut dijamin boleh tahan sekurang2nya 5 hingga 7 tahun.

  19. #179

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    mr., my mom bought the cord yesterday.
    tp kitorg tak reti mcm mana nk pasang. boleh tunjukkan cara2 memasangnya tak?

  20. #180
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by ~wani~ View Post
    mr., my mom bought the cord yesterday.
    tp kitorg tak reti mcm mana nk pasang. boleh tunjukkan cara2 memasangnya tak?
    Berikut adalah langkah-langkah menukar Motor Belt/ Tali Motor di mesin jahit lama/ biasa.

    1. Longgarkan skru motor
    2. Tanggalkan skru balance wheel (pemulas mesin yang besar dan bulat).
    3. Putarkan knob dalam gambar ketiga ke arah lawan jam dan tanggalkannya.

    4. Keluarkan pin bulat seperti dalam gambar ke-4.
    5. Keluarkan balance wheel dari mesin.
    6. Ganti motor belt yang lama dengan yang baru.

    7. Masukkan semula balance wheel ke mesin, pasang motor belt di kepala motor dan ketatkan skru motor. Pastikan tension untuk motor belt tidak terlalu tegang atau longgar.
    8. Masukkan klip bulat dan ketatkan semula knob (pusing ke arah jam).
    9. Masukkan skru knob dan ketatkan semula.

    10. Selepas langkah 9, sila cuba longgarkan knob. Sepatutnya knob tersebut boleh dilonggarkan dan diketatkan semula. Sekiranya tidak boleh, anda perlu ulangi langkah no 8, cuma kali ini klip tersebut perlu dipusingkan arahnya.

Page 9 of 24 FirstFirst ... 567891011121319 ... LastLast

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •