Welcome guest, is this your first visit? Create Account now to join.
  • Login:

Welcome to the Wanita Melayu Online.

If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed.

Page 11 of 24 FirstFirst ... 78910111213141521 ... LastLast
Results 201 to 220 of 461
  1. #201
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by makcikkiah View Post
    En. Linggam,
    Terima kasih kerana sudi respond.
    Memang ke tiga2 mesin tu dh ancient -he he mcm saya juga.
    Saya berbelahbagi sebenarnya - nak recond atau trade-in dan beli yg baru.
    Harga RM450 tu dh termasuk pengangkutan ke?
    Kalau saya recond sekali 233 tu, camne kosnya?
    Kalau tau harga, dan budget cukup, saya rasa saya akan recond.
    tq
    Option 1
    Sekiranya anda mengutamakan nilai 'sentimental, produk milik arwah ibu', LSN cadangkan anda re-cond kedua2 mesin tersebut. Sediakan budget di antara RM800 hingga maksima RM1,000 (termasuk kos pengangkutan/ pengendalian). LSN memberi jaminan, kedua2 mesin tersebut akan kelihatan 100% baru (seperti baru dikeluarkan dari kilang) selepas siap di-recond. Mesin2 tersebut boleh dibaik-pulih dengan kos yg sangat rendah (+/- RM300), namun tidak berbaloi kerana masih akan kelihatan seperti lama dan usang.

    Option 2
    Sekiranya anda mengutamakan nilai/ value produk, LSN cadangkan anda menukar-beli mesin tersebut dengan yang lama. Nilai trade-in kedua2 mesin, yg dapat LSN tawarkan adalah RM100. LSN cadangkan mesin Brother NV30, RM1299 kepada anda. Sangat mudah digunakan dan memang merupakan salah satu model terlaris di pasaran.

    Cadangan LSN
    Model Singer 20U33 dan 223 tidak mempunyai fungsi2 yang penting seperti yg terdapat pada mesin2 yg terkini. Kedua2 mesin tersebut hanya boleh membuat jahitan lurus dan zig-zag sahaja, sangat sukar dialih/ ditukar tempat atas faktor berat. Mesin Singer 223 boleh membuat corak2 yang berlainan, namun kepakaran yg tertentu diperlukan dalam membuat setting utk mendapatkan hasil jahitan corak yang sempurna. Mesin2 yg terkini seperti NV30, mudah alih, lengkap dgn motor yg sangat senyap, lampu LED putih, 70 jenis corak2 jahitan, lubang butang otomatik, sistem cucuk benang ke lubang jarum dgn otomatik, digital LCD display dan banyak lagi kelebihan. Option 2 adalah cadangan utama LSN.

  2. #202

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Terima kasih LSN atas pandangan dan cadangan anda.

    Saya akan cuba membaikpulih 20U33 diJB,kalau ada, mungkin
    murah sikit, x pyh nk diangkut jauh2. Saya x sampai hati nk
    lepaskan mesin tu.
    Kalau saya beli yg baru spt dicadangkan, saya lebih selesa
    ke tempat anda untuk melihat dan mencuba dulu mesinnya.
    Kalau ini berlaku, saya hanya boleh ke KL dalam bulan August,
    paling awal.

  3. #203
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by makcikkiah View Post
    Terima kasih LSN atas pandangan dan cadangan anda.

    Saya akan cuba membaikpulih 20U33 diJB,kalau ada, mungkin
    murah sikit, x pyh nk diangkut jauh2. Saya x sampai hati nk
    lepaskan mesin tu.
    Kalau saya beli yg baru spt dicadangkan, saya lebih selesa
    ke tempat anda untuk melihat dan mencuba dulu mesinnya.
    Kalau ini berlaku, saya hanya boleh ke KL dalam bulan August,
    paling awal.
    LSN boleh membantu anda dalam membaiki mesin tersebut. Sebenarnya, LSN mempunyai 'runner' yang selalunya ulang-alik ke Johor setiap seminggu atau 2 minggu sekali. LSN boleh mengambil mesin tersebut utk dibaiki dan hantar semula ke rumah anda selepas siap dibaiki. Sekiranya anda sanggup tunggu 2 atau 3 minggu utk mesin tersebut dibaiki, maka kos pengangkutan/ pengendalian dapat dikurangkan sepenuhnya. Sila confirm sekiranya anda memerlukan perkhidmatan servis dari LSN.

  4. #204

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by LSN View Post

  5. #205

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    ok, noted for future reference. Mesin saya sudah dibaikki/servis (not overhauled).
    Ade org datang rumah, dan bawa mesin balik utk 2-3 hari.
    Terima kasih.

  6. #206
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

  7. #207

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Mr. Lingam,

    Kakak saya menghadapi masalah dgn washing machinenya..Jenama LG untuk 6kg rasanya..dia kata air yang masuk ke dlm mesin basuhnya sangat kecil..dan bila membasuh dari pagi hingga ptg baru selesai prosesnya... Boleh bg nasihat tak..Kakak saya tinggal di sek 16, Shah Alam. Thanks.

  8. #208
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by nazliza View Post
    Mr. Lingam,

    Kakak saya menghadapi masalah dgn washing machinenya..Jenama LG untuk 6kg rasanya..dia kata air yang masuk ke dlm mesin basuhnya sangat kecil..dan bila membasuh dari pagi hingga ptg baru selesai prosesnya... Boleh bg nasihat tak..Kakak saya tinggal di sek 16, Shah Alam. Thanks.
    Masalah ini boleh berpunca akibat

    Kemungkinan 1: Tekanan air tidak kuat
    1. Sila tanggalkan nut plastik (hujung hos yang bersambung ke mesin basuh). Buka pili air dan lihat tahap tekanan air.
    2. Jika tahap tekanan air rendah, mesin anda disahkan tidak mempunyai sebarang masalah. Sila dapatkan bantuan tukang paip.
    3. Jika tekanan air tinggi, namun air mengalir masuk ke dalam tub mesin dengan perlahan, sila ikut langkah2 di bawah.

    Kemungkinan 2: Filter water intake valve yang tersumbat.
    1. Sila tanggalkan nut plastik (hujung hos yang bersambung ke mesin basuh). Perhatikan di dalam lubang alat tersebut. Anda boleh melihat sekeping penapis/ jaring besi (filter) di alat tempat masuk air (water intake valve).
    2. Gunakan tweezer/ screwdriver kecil untuk mencungkil keluar jaring tersebut dari valve.
    3. Bersihkan kesan2 karat/ pasir/ kotoran yang melekat dan menutup lubang2 jaring tersebut.
    4. Cuci jaring tersebut seberapa bersih yang boleh.
    5. Tekan dan masukkan semula jaring tersebut secara perlahan-lahan ke dalam lubang water intake valve. Pasang semula kepala hos yang ditanggalkan dan buka pili air. Cuba on mesin tersebut dan start wash program, lihat perbezaannya.

    Kemungkinan 3: Water intake valve rosak
    1. Sekiranya tekanan air pili adalah kuat + langkah2 di atas telah dibuat dan mesin basuh anda masih mengalami masalah yang sama, LSN sahkan water intake valve mesin anda sudah rosak.
    2. Kos alat ganti: +/-RM85, Kos servis: RM60. Jumlah kos baik-pulih mesin basuh anda adalah +/-RM145.00

  9. #209

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    mesin akak tak boleh beroperasi. Air boleh masuk, dah penuh bunyi tittttt kat dasboard atas tuuu...terus tak boleh pusing...kenapa ya..akak tinggal di Bangi..harap LSN dapat membantu. TQ

  10. #210
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by Ctmarry View Post
    mesin akak tak boleh beroperasi. Air boleh masuk, dah penuh bunyi tittttt kat dasboard atas tuuu...terus tak boleh pusing...kenapa ya..akak tinggal di Bangi..harap LSN dapat membantu. TQ
    Kemungkinan besar sensor water level atau computer board anda bermasalah. Sila PM nama dan no telefon untuk dihubungi.

  11. #211

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    LSN dah datang repair skrg dah ok..masalah sensor

  12. #212
    Ahli Baru
    Join Date
    30 Jun 2009
    Posts
    13

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    en linggam,

    sy ada mesin jahit brother, mertua yg kasi.. model diamond line 767.
    Agak lama jugak laa sy pon x sure berapa umo mesin tu..
    mesin tuh da lama x dgunakan... bila on.. motor berjalan.. tp mesin tak gerak pon..
    sy check prob nyer rubber motor drive nyer da keras..lama sangat x guna..ada jual x spare parts tuh? and berapa yer termasuk post ke trengganu.. tq

  13. #213
    Ahli Sensasi
    Join Date
    28 Nov 2008
    Posts
    264

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Kepada Sesiapa yang hendak membeli mesin jahit dari LSN... Nak harga murah???... dapatkan kupon diskaun 5% dengan gunakan kod ini --->>>>> KRLSN no iniKRLSN-100331-RYANNA semasa membuat pembelian tak perlu printout dari emel... minta kerjasama dari sesiapa yang menggunakan KRLSN saya untuk pmkan model mesin jahit yang anda hendak beli untuk memakluman saya... Itu sahaja.... Last sekali jangan risau kupon ini belum expired yer..

  14. #214

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    en linggam,

    saya ada mesin basuh Toshiba fully auto. masalahnye mesin basuh saya tak boleh di on kan. apa masalahnye ye

  15. #215
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by rosnadia View Post
    en linggam,

    saya ada mesin basuh Toshiba fully auto. masalahnye mesin basuh saya tak boleh di on kan. apa masalahnye ye
    Berikut boleh menjadi sebab kerosakan/ malfunction mesin basuh anda.
    1. PC Board mesin tersebut rosak.
    2. Fius utama terbakar kerana terdapat short-circuit; Mana2 satu peralatan elektrik mesin tersebut, contohnya motor, feed valve, valve magnet, etc mungkin terbakar dan menyebabkan masalah ini.

  16. #216

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    salam,

    sy nak tanya,mesin basuh saya rosak. jenama haier HWM6802. masalahnya air masuk terus keluar.boleh saya tahu apa punca kerosakan ini dan berapa anggaran kos untuk dibaiki?

    terima kasih

  17. #217
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by nami-san View Post
    salam,

    sy nak tanya,mesin basuh saya rosak. jenama haier HWM6802. masalahnya air masuk terus keluar.boleh saya tahu apa punca kerosakan ini dan berapa anggaran kos untuk dibaiki?

    terima kasih
    Valvepacking mesin tersebut berkemungkinan rosak. Kos alat ganti adalah dalam lingkungan RM85 dan kos servis LSN adalah RM60. Jumlah kos untuk membaik-pulih mesin tersebut adalah +/- RM145. Sila PM nama. alamat dan no h/p anda untuk dihubungi sekiranya anda memerlukan perkhidmatan servis dari LSN.

  18. #218

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    saya nk mtk pendapat..mesin basuh saya jenama samsung auto rosak ar..
    bila on jer.. main elektrik tu (tertendang)trip.. camner yer.. motor mesin tu rosak ker???? tq..

  19. #219
    Peniaga Supreme @ Plaza eZSi
    Join Date
    29 Jan 2009
    Posts
    1,289

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Quote Originally Posted by syuhadah View Post
    saya nk mtk pendapat..mesin basuh saya jenama samsung auto rosak ar..
    bila on jer.. main elektrik tu (tertendang)trip.. camner yer.. motor mesin tu rosak ker???? tq..
    Dalam kes di atas kemungkinan besar pc board atau motor mesin basuh tersebut rosak. Anggaran kos baik pulih antara RM250 hingga Rm350 bergantung kepada model mesin basuh tersebut.

  20. #220

    Default Re: MESIN JAHIT/ MESIN BASUH- Rosak dan mempunyai Masalah?

    Hi LSN,
    My problem is washing machine bila on air tak masuk.
    Spin ok no problem.
    Saya tinggal di Bandar Baru Ampang.
    Brand Electrolux EW548F Yr 2001, 5 kg, Front Loading.
    Brp estimate kos baik pulih? Thanks

Page 11 of 24 FirstFirst ... 78910111213141521 ... LastLast

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
شات صيف كام وه كول سعودي انحراف سعودي كول شات كتابي انمي اون لاين شات غزل مدونة انمي انمي مترجم العاب فلاش مركز رفع شات صوتي شات خليجي جرحي